Tuesday 10 March 2015

The Iron Lady

Siapakah gerangan iron lady yang ingin aku kongsikan. Beliau yang aku panggil kak is hanyalah seorang cleaner di tempat kerja aku.
kenapa dia layak untuk gelaran itu?
1. beliau hanyalah pekerja biasa tapi yang luar biasanya dia mempunyai kekuatan kewangan yang Mantap.
2. beliau boleh menjalankan perniagaan menjual arnab, itik dan ayam ternakan.
3. Beliau boleh main kutu sampai rm1K dengan rakan-rakannya
4. Beliau boleh membesarkan 2 orang anaknya di saat suaminya koma lebih kurang 10 tahun dahulu.
5. Beliau boleh membekalkan nasi untuk pekerja2 kontrak
6. Beliau boleh menolong suami membuat kerja lanskap.
7. Beliau boleh beli emas dengan saya.

Jangan gunakan alasan bahawa komitmen hidup terlalu tinggi untuk kita hadapi semua cabaran. Jika kita hanya mahukan melihat kejayaan orang lain dan masa yang sama kita duduk bersila minum kopi. Silakan. Pilihan anda sendiri untuk menjadi Iron Man @ Iron Lady Atau seorang rakyat Malaysia yang mengharapkan BRIM setiap tahun.

inilah wajah seorang wanita gigih alaf baru.

KAYA VS SEDERHANA. Di manakah Anda Berada

Petikan di copy paste dari http://aotribe.com.my
Menurut Forbes, 400 orang terkaya di Amerika mempunyai lebih banyak harta dan kekayaan daripada golongan bawah yang terdiri daripada 150 juta rakyat Amerika. Tetapi bagaimana pula dengan orang-orang di antara kelas pertengahan dan orang kaya? Kelas pertengahan? Anda mungkin dianggap kelas pertengahan. Anda tidak miskin, tetapi anda tidak kaya lagi.
Tetapi, kelas pertengahan ini nampaknya semakin mengecil menurut data yang didedahkan sejak beberapa dekad lepas. Ini bermakna anda akan menjadi kurang cenderung untuk menjadi kelas pertengahan pada masa akan datang. Anda lebih berkemungkinan akan menjadi miskin atau kaya. Di golongan manakah anda mahu berada?
Jika anda mahu berada dalam golongan orang kaya, anda perlu mula berfikir seperti orang kaya.
Berikut adalah 10 perbezaan antara kelas pertengahan dan orang kaya:
  1. Kelas pertengahan hidup dalam keselesaan, manakala kelas orang kaya mereka sanggup terima hidup tanpa keselesaan. Memiliki kerjaya yang ‘selamat’ memang selesa. Memang selesa juga jika kita bekerja untuk orang lain. Kelas pertengahan berfikiran jika mereka selesa, mereka gembira, tetapi golongan kaya menyedari bahawa perkara-perkara yang luar biasa hanya berlaku apabila kita meletakkan diri kita dalam keadaan yang tidak selesa. Memulakan perniagaan anda sendiri adalah satu risiko dan risiko boleh menjadikan kita berasa tidak selesa, tetapi risiko-risiko kecil inilah yang diperlukan untuk membina kekayaan dan mendapatkan pulangan yang lumayan.
  1. Kelas pertengahan secara langsung hidup melebihi kemampuan mereka, yang kaya hidup di bawah kemampuan mereka. Orang kaya tidak membelanjakan wang mereka pada liabiliti yang susut nilainya. Mereka membelanjakan wang untuk aset yang meningkat nilainya dan mereka lebih suka hidup di bawah kemampuan mereka. Rata-rata, kereta yang mereka pandu berusia beberapa tahun dan mereka tidak membelinya baru, menurut kajian di dalam buku “The Millionaire Next Door”. Walaupun mereka mampu membeli sebuah Escalade baru yang mewah, mereka biasanya tidak akan membelinya. Dan ingat, jika anda berpendapatan $1,000,000 setahun dan anda menghabiskan $1,000,000 setahun, anda tetap miskin.
  1. Kelas pertengahan cenderung untuk bekerja untuk orang lain. Manakala, kelas pertengahan atas lebih cenderung untuk bekerja sendiri. Orang kaya pula cenderung untuk memiliki perniagaan. Orang kaya faham bahawa mereka memerlukan lebih ramai orang yang bekerja untuk mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang dan mereka memahami kuasa pendapatan pasif.
  1. Orang kaya faham bahawa apabila mereka mengelilingi diri mereka dengan orang yang berjaya, mereka akan secara semulajadi terpengaruh dan memiliki kejayaan sendiri. Pendapatan seseorang biasanya adalah purata pendapatan tiga rakan-rakan terdekatnya. Jika anda ingin memiliki lebih kejayaan dan kekayaan, berkawan dan ikut jejak langkah orang-orang yang berpendapatan lebih. Ia membantu minda anda cara berfikir sejajar orang yang berjaya. Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu berfikir kaya.
  1. Kelas pertengahan mudah dipujuk untuk menukar pekerjaan mereka apabila ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Orang kaya pula faham mereka bukan bekerja untuk wang terutamanya pada tahun-tahun awal kerjaya mereka kerana mereka sedar kepentingan membangunkan kemahiran diri dan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi kaya. Contohnya, kemahiran jualan dan akaun. Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu berusaha untuk mempelajari kemahiran yang anda perlukan untuk menjadi kaya. Kebanyakan orang kaya tidak menjadi kaya dengan mendapatkan gaji yang tinggi.
  1. Kelas pertengahan lebih cenderung membelanjakan duit untuk memiliki kereta mewah dan rumah besar. Jika anda terus membeli dan membelanjakan wang yang ada hanya untuk kemewahan, anda tidak akan memiliki simpanan yang kukuh. Mula beri tumpuan pada simpanan dan pelaburan yang dapat memberi anda pulangan yang tinggi seperti membeli aset dan saham dengan ilmu yang betul.
  1. Simpanan adalah penting. Melabur mungkin lebih penting, tetapi pendapatan adalah asas kedua-duanya. Orang kaya memahami kepentingan simpanan dan pelaburan dan mereka mewujudkan lebih banyak peluang untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan. Jika anda benar-benar mahu menjadi kaya, berusaha untuk meningkatkan pendapatan anda lebih daripada simpanan.
  1. Orang kelas pertengahan melihat duit dengan emosi tetapi orang kaya melihat duit secara logik. Membuat keputusan kewangan secara emosi boleh menjejaskan kewangan anda.
  1. Golongan pertengahan memandang rendah kepada potensi diri, manakala golongan kaya mengasah potensi diri ke tahap yang lebih tinggi. Perbezaan antara golongan pertengahan dan kaya dalam memasang matlamat adalah, golongan pertengahan memasang matlamat yang agak selamat dan mudah untuk mencapainya sedangkan golongan kaya memasang matlamat yang kelihatan agak sukar untuk dicapai tetapi mereka tahu mereka mampu mencapainya.
  1. Golongan pertengahan percaya kepada kerja keras, golongan kaya percaya kepada memanfaatkan tugas kepada orang yang tepat. Kerja keras merupakan perkara yang penting tetapi untuk mencapai tahap golongan kaya, kita mesti pandai manfaatkan kerja keras ini kepada orang yang lebih mahir.
Petikan dari Life Hack.