Saturday 17 January 2015

Pengurusan kemalangan kereta

Make it short. Kereta viva aku dihimpit Lori dekat hi way. Waktunya awal pagi. Kereta tergolek dan masa kejadian aku berada dalam keadaan sedar. Lesson and learn yang aku boleh kongsikan sekiranya berlaku. Doa mintak jauh ye....

1. Setelah kemalangan, Cuba selamatkan diri dahulu. Then baru fikir pasal barang2 berharga. Simpan barang dalam beg dan pegang.

2. Telefon polis, pihak tol kalau jadi kat hi way, pihak insuran dan keluarga. Semua no Telefon ni pastikan simpan dalam phone korang.

3. Ambil gambar kereta. Kat sini lah gunanya phone yang Ada kualiti. Aku amik gambo Kete gak tapi nampak hitam dan Putih je. Kalau boleh ambil gambar kenderaan yang melanggar kita. Angle Dari pelbagai sudut.

4. Masa kemalangan ramai tow truck yang menawarkan diri. Bear in mind, kita dah Telefon pihak insuran dan pihak insuran akan hantar tow truck yang dikehendaki. Jangan pergi layan yang lain2.

5. Buat report polis secepat mungkin selepas kemalangan.

6. Pihak insuran akan beritahu Bengkel panel. Dapatkan no telefon dan selalu update dengan pihak Bengkel.

7. Bila kereta didapati total loss, pihak insuran akan beri satu Surat yang menyatakan kereta itu total loss dan nilai yang akan di bayar kepada pihak bank. Kat sini Ada sedih sikit sebab kereta kita akan di bayar ikut suka depa. Aku beli sum insured 23k. Insuran bayar bank 20k dan hutang ngan bank adalah 19k++. Aku dapat refund bape puluh je. Hehehe. REDHA.. Kat sini memang takda untung melainkan kereta tu milik kita sepenuhnya. Kat sini pelajarannya, masa beli insuran jangan lah dok letak sum insured tinggi2. Macam depa nak bayar lebih je.

8. Untuk pengetahuan, aku masuk wad sehari dan dapat cuti 4 hari. Secara automatic melayakkan aku mendapatkan SOCSO. Korang surf laman SOCSO untuk keterangan lanjut. Insuran personal cover jugak. Ada orang nasihat aku, kalau Ada company insuran tak payahla mengada2 nak beli insuran lain. Mungkin Ada betulnya jugak..

Buat masa ni, info ni saja yang dapat di kongsikan. Hope berguna untuk korang menghadapi masalah seumpamanya.

No comments:

Post a Comment