Tuesday 23 December 2014

Tipah Tertipu

Dalam dua tiga hari ni dalam blog, suratkhabar ngan facebook banyak menceritakan penipuan di dalam skim pelaburan. Skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang agak lumayan. Sejak dari dulu lagi aku dah tanam kat jiwa aku tak mudah untuk percaya sesuatu benda melainkan dengan selidik dulu. Tapi kita manusia kekadang lupa tentang pengalaman yang orang lain lalui atau dilalui sendiri. Sedey beb bila tengok orang kena tipu. Kita leh rasa perasaan susah senang nak mencari duit. Pesan aku kat kengkawan, jadikanlah ia sebagai tauladan agar tidak berulang Tragedi Oktober.

Aku pernah dengar satu iklan Kelas Menjahit kat IKIM.fm. Dia punya tenaga pengajar siap suruh solat istikharah sebelum join kelas dia. Agak unik pesanan dia tapi benda baik kita harus amalkan. ye tak?
Sila hayati post fb yang aku bawakan ini supaya korang tak mengambil langkah yang sama, Skim pelaburan emas yang  menipu pelanggannya menawarkan satu bentuk pendapatan bulanan hasil pembelian emas tersebut secara tetap. Bayangkan beli satu gram dapat 14 hinggit sebulan.kalau 1000gram. WAUUUUUUUU. Last2 kena hawau. U memang jahat!

Nasihat seorang agamawan, Bila nak join sesuatu bentuk pelaburan atau perniagaan. PASTIKAN URUSAN YANG DIJALANKAN HALAL. Mudah bukan. Bila mana ada benda yang syubhah kat situ. Pandai2 korang pikir. Maaf kalau aku salah info. Ni kira copy paste punya ayat je.



Monday 22 December 2014

Product Public Gold yang dikecualikan GST

Sungguh berduka apabila kerajaan still nak maintain buat GST. Hope adalah berita gembira dari depa untuk kita semua. Bila ada GST rupanya aku survey2 emas pon kena gak. Dua kali aduh padaku. Tapi Public gold perkenalkan emas LMBA-nama panjang dia London Bullion Market Association. Kira emas yang dijual ni diiktiraf dari segi kualiti standard nya dan diseluruh dunia. Aku tengok harga dia ada tinggi sikit dari harga yang takda LMBA cuma kelebihannya dia takkan dikenakan GST nanti.

10 dinar 999.9


1/2 dinar 999.9








 Ada minat sila contact aku ye  Nasir  0187704294 / 0167212826


Sunday 21 December 2014

Punca Market Crash di pasaran Saham

APAKAH PUNCA SEBENARNYA 'MARKET CRASH'?...Peluang disebaliknya.
Ramai orang yang takut apabila mendengarnya. Tetapi adakah mereka faham apakah sebenarnya dengan maksud 'market crash' atau pasaran menjunam itu?
Di sini kita akan membicarakan bagaimana dan hubung - kait tersirat pasaran saham dengan Psikologi pemain pasaran saham. Pelabur suka pasaran naik. Pasaran yang sedang hot atau lebih dikenali sebagai bull market boleh merubah 'perangai' seseorang. Lebih - lebih lagi ditambahkan dengan kenyataan orang kenamaan seperti Tun Daim Zainuddin yang setiap kata - katanya memberikan kesan kenaikan yang besar kepada pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur. Ramai orang yang memerhatikan gerak - geri Tun Daim selepas itu dan memgambil keputusan membeli saham yang mahal. Mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan permainan 'putaran saham' kerana selepas itu pasaran turun menjunam dengan teruknya pada tahun 1997 dan 1998. Habis untung malah ditambah pula dengan kerugian sehinggakan ada yang memberi kesan mental kepada sesetengah pelabur ketika itu. Tidak lama kemudian, pasaran naik semula secara mendadak sehingga tahun 2001. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kerugian bermain saham, kita semua harus tahu 'pattern pasaran saham dan physcology pelabur'. Semua orang yang berada dalam pasaran kewangan selalunya membuat keputusan pelaburan yang silap. Sepatutnya, apabila orang sedang sibuk hendak membeli, masa itulah mereka menjual saham. Tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku kerana kebanyakkannya membeli saham ketika harga sedang mahal dan menjualnya ketika harga murah. Sifat tamak ketika membeli, dan sifat panik ketika menjual biasanya menguasai emosi dan pemikiran pelabur ketika membuat keputusan. Maka hal yang demikian, 95% orang yang bermain saham mengalami kerugian, hanya 5% sahaja yang untung! Statistik ini pasti mengejutkan semua.
Pasaran Bottom --> Pasaran Hendak Naik --> Pasaran Sedang Naik --> Pasaran Naik --> Pasaran Menjunam
PASARAN 'BOTTOM'
Pasaran 'Bottom' bermula apabila semua orang berfikiran terlalu pesimif.
Mereka akan menjual pegangan saham mereka setelah melihat begitu banyak cerita yang negatif tentang pasaran saham. Contohnya, penutupan kilang - kilang. Pemberhentian pekerja oleh syarikat multinasional, harga sektor hartanah merudum dan macam - macam lagi. Kebiasaannya, mereka akan menjual pelaburan mereka pada harga di bawah nilai sebenar yang disertai oleh emosi yang tidak stabil.
PASARAN AKAN NAIK
Ketika pasaran 'Bottom' inilah datangnya pelabur bijak. Mereka antara orang membuat pembelian paling awal dengan harga yang paling murah kerana mereka tahu yang mereka boleh menjual pada harga tinggi di kemudian hari.
Siapakah pelabur bijak ini?
Mereka adalah
1. Orang - orang korporat
2. Hedge Fund
3. Market Markers
4. Pelabur Jutawan seperti George Soros, Warrant Buffet
Mereka ini mempunyai maklumat yang biasanya orang awam tidak ketahui. Walaupun masih ada tekanan jualan, mereka ini mempunyai kapasiti untuk terus membeli dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham yang ada. Mereka membuat pembelian awal dan menjual dengan keuntungan berlipat - lipat kali ganda kepada pelabur runcit dan pengurus dana. Oleh, sebab itulah kalau anda perhatikan kebanyakan orang kaya dunia adalah dikalangan mereka yang sudah mencatatkan nama sebagai orang kaya dunia untuk sekian kalinya. Tidak kira sama ada pasaran ekonomi baik atau tidak. Contohnya; Warrant Buffet dikira orang terkaya di dunia walaupun syarikat pelaburannya iaitu Berkshire Hathaway dikatakan mengalami kerugian dalam pelaburannya.
PASARAN SEDANG NAIK
Kenaikan pasaran saham akan membuat pelaburan dalam amanah saham meningkat. Berjenis - jenis dana baru akan diperkenalkan kepada orang awam. Wang 'baru' yang kadang - kadang menjangkau berbillion ringgit akan membawa kesan langsung kepada pasaran saham. Pasaran akan mengalami kenaikan yang 'steady' kerana pelabur institusi memainkan peranannya. Selepas pasaran saham naik dan saham sudah sampai nilainya pelabur bijak akan menjual sebahagian pegangan pelaburan mereka. Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit masih ragu - ragu dengan kenaikan ini. Pasaran masih lagi mengalami kenaikan, Pelabur Runcit mula meminati dan berhasrat untuk membuat pembelian saham. Pelabur runcit, atau dikenali ikan bilis yang datang beramai - ramai membuat keputusan pelaburan berdasarkan Majalah Kewangan atau cerita - cerita dari kawan. Tidak kurang pula yang bertukar - tukar tips dengan menyatakan kaunter itu atau ini akan naik. Ketika ini semua orang mula menunjukkan minat untuk bermain saham. 'Apek - apek' dan 'Ahso' sudah meninggalkan meja mahjong dan mula mengayuh basikal atau naik motor burok mereka ke syarikat broker saham. Pasaran menjadi semakin panas, pelabur saham bercita - cita untuk menjadi kaya secepat mungkin. Pelabur runcit mula datang beramai - ramai dan menyebabkan banyak syarikat berhad ingin mengapungkan saham mereka atau melancarkan IPO. Syarikat mengapungkan saham untuk mendapatkan harga yang paling tinggi bagi nilai syarikat mereka kerana sentimen positif pasaran. Kenaikan IPO secara mendadak ini akan membuatkan pelabur runcit semakin tamak untuk menjadi kaya semacam mee segera. Memang betul, ketika ini ada pelabur runcit yang menjadi kaya - raya, tetapi hanya untuk seketika kerana kebanyakkannya akan mula tamak dan membeli lagi banyak saham! Pada masa ini, harga pasaran naik berlipat kali ganda kerana media melaporkan kenaikan pasaran saham. Semua orang bergembira dan ada yang berharap Bursa Malaysia harus dibuka 24jam!
PASARAN NAIK
Pada ketika ini jugalah media utama seperti majalah kewangan, suratkhabar atau internet mula menyiarkan semakkan semula harga 'target' yang dibuat oleh pakar analisa pelaburan. Inilah menyebabkan harga menjadi bertambah 'overvalued'. Pelabur bijak mengetahui saham yang terlebih nilai tidak akan bertahan lama. Pada masa inilah, pelabur bijak menjual dengan erti kata mengagihkan pegangan saham mereka kepada pelabur runcit yang sedang berebut - rebut untuk membeli saham. Pelabur bijak sememangnya bijak kerana membeli ketika harga paling murah dan menjual pada harga paling tinggi. Mereka mengaut untung yang amat lumayan!.
Hakikatnya, ramai pelabur runcit tidak perasan akan tanda - tanda pasaran sudah hampir ke kemuncaknya. Mari kita renungkan tanda - tanda dibawah ini : Syarikat mula menipu keuntungan kewangan mereka, supaya harga saham akan dinilai semula. Sesetengah syarikat menipu pelabur dengan janji - janji manis tentang prospek syarikat mereka. Sesetengah pelabur runcit membeli saham kerana ingin memegang saham yang 'glamour'. Sesetengah pelabur runcit mula menggunakan margin untuk menambahkan pegangan saham mereka. Semua orang menjangkakan tiada pembetulan pasaran akan berlaku! Faktor ketamakkan berikut membuatkan pelabur runcit hilang pertimbangan dalam membuat keputusan pelaburan;
PERMULAAN BEAR MARKET/MARKET CRASH -
Pasaran menjunam Selepas pengurus dana melaburkan semua duit yang diamanahkan untuk melabur, begitu juga pelabur runcit. Pasaran sudah 'overbought' atau terlebih beli. Bermaksud tiada lagi tunai untuk menabahkan 'rally' pasaran menaik. Pasaran hanya boleh menuju satu arah. Naik, mendatar atau turun. (Kebiasaanya pasaran akan mendatar untuk seketika sebelum terjun menjunam) Semua ini hanya menunggu cerita negatif yang keluar untuk membuat pasaran bergoncang. Media utama seperti Bloomberg atau CNBC mula menceritakan tentang skandal syarikat awam dan penipuan oleh lembaga pengarah syarikat. Contoh di Malaysia yang berlaku pada tahun 2007 ialah penipuan akaun syarikat Transmile Bhd dan Megan Media Bhd. Harga Saham Transmile dari RM14.00 turun sehingga RM0.50 dalam masa tidak sampai setahun!
Apabila suasana panik bermula, pasaran akan turun menjunam lebih laju dari ketika pasaran naik. Keadaan ini biasanya bertambah teruk ketika pelabur runcit hendak menjual, tetapi tiada pembeli hendak membeli. Ini pastinya akan memberikan impak kepada sesiapa yang menggunakan 'margin facility' yang memungkinkan mereka boleh jatuh 'bankrupt'. Pelabur runcit masih tidak menjual pegangan mereka, dengan berdoa agar pasaran segera pulih. Pasaran turun dari 10% ke 20 %, mereka masih tunggu & berdoa, turun lagi sehingga 50% mereka masih menunggu dan masih berharap pasaran akan naik semula..Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit berfikiran begitu negatif tentang ekonomi dan pasaran saham kerana di 'momokkan' dengan cerita dari suratkhabar dan berita - berita negatif ekonomi dar media utama. Setelah bosan dan 'give up' dengan penurunan harga akhirnya mereka menjual pada harga yang paling rendah. Sesetengahnya pula menyimpan saham ini untuk jangka masa yang panjang. Ada yang membeli harga Beringgit tetapi masih menyimpan walaupun harga tinggal beberapa sen! (katanya pelaburan jangka - panjang). Lebih teruk ada yang simpan sampai sehingga syarikat dibuang dari Bursa Malaysia. Putaran bermula semula Ketika ini harga saham didagangkan dibawah nilai sebenar. Pelabur bijak mengambil kesempatan dengan membuat pembelian sebanyak yang mungkin. Pelabur runcit pula adalah antara orang paling lewat masuk pasaran dan membeli saham yang dijual oleh pelabur bijak. Putaran ini akan berlaku sampai bila - bila selagi pelabur runcit tidak mengubah cara dan strategi pelaburan mereka.
Kita lihat sahaja beberapa tahun lepas (2011-2013) dimana sahaja orang sibuk membicarakan harga hartanah yang mahal dan ketidakmampuan rakyat.Harga melampau-lampau mahal dan peniaga sibuk membuat empayar hartanah dan projek-projek perumahan disana sini.Keuntungan berlipat kali ganda.
Beberapa tahun lepas dan kemuncaknya akhir 2014,banyak syarikat ghairah menceburkan diri dalam OIL & GAS.Lebih -lebih lagi harga minyak yang mahal(USD 100 per barrel) dan peruntukkan besar Berbillion-lion oleh Petronas bagi membangunkan projek Rapid di Pengerang Johor.
Syarikat yang awalnya menjual perabut menukar teras perniagaannya kepada Oil dan Gas.Yang membuat services Training penerbangan seperti APFT berhad pun bertukar ke Oil dan Gas.Pendek kata semua sibuk untuk join oil dan Gas...saya punya rakan baik pun ghairah dengan bidang ini.
Maka apa yang saya kongsikan 2 tahun lepas tentang apa akan jadi jika harga minyak turun ke paras USD50 nampaknya menjadi kenyataan.Semua taikun oil dan gas termasuk kerajaan Malaysia sendiri mula terpaksa ubah segalanya apabila harga minyak turun bawah Usd 80.Jika harga USD lagilah banyak hal perlu disusun semula
Maka seperti yang dimaklumkan tentang pattern dan proses kenaikan pasaran.Semua benda bermula dengan tidak minat kepada minat yang melampau.Seringkali kita tidak mengindahkan pada awal kenaikan dan sibuk-sibuk pada penghujung kenaikan.
Punca Utama sibuk-sibuk salah ini adalah sifat semulajadi yang IKUT IKUTAN.
Sekarang dunia pelaburan dan Oil dan Gas sudaha beralih kepada IT dan Teknologi semula.Peningkatan masih di tahap awal dan sejarah biasanya akan berlaku semula.
Sebenarnya, pelaburan bukanlah sesuatu yang tinggi risikonya jika kita memahami putaran ini.
Ini adalah sebahagian dari maklumat kajian saya dalam menjadikan pelaburan saham adalah menguntungkan.

# Artikel diambil dari Zam Saham Facebook

Saturday 20 December 2014

Product Public Gold- Emas 999 dan 916

Abang kakak, makcik pakcik Leh tengok gambar di bawah. Inilah Antara produk public gold yang menarik dan tertarik untuk di simpan. Aku dengan wan mulakan dengan 1 dinar. Kamu semua bila lagi? Hubungi saya untuk mengetahui Lebih lanjut ye. Contact number 0187704294 / 01125860276



\










Tuesday 9 December 2014

EPF Investment Scheme

Skim pelaburan ni adalah sejenis pelaburan alternatif  dengan menggunakan Dana Dari akaun 1 KWSP. Wang dari akaun 1 akan dilaburkan bergantung pada Dana yang telah ditetapkan. Tiada kos yang perlu dikeluarkan untuk menyertainya.

Haji Rahim sekarang telah berumur 58 tahun dan telah menikmati hasil pelaburan di dalam unit trust. Beliau sangat menganjurkan kepada anak muda untuk menyertai program ini.

Di bawah aku sertakan senarai  appointed fund management yang menguruskan pelaburan ini. Aku amik list Dari laman web KWSP.

Sekiranya berminat. Boleh hubungi aku di Talian 0187704294. Kawan aku Mohd Sukri merupakan agent Bagi salah satu appointed fund management. No tel mohd Sukri adalah 0126944917.

Untuk kelebihan pelaburan ini. Aku sertakan link Dari blog abang ensem http://abangensem.com/kelebihan-skim-pengeluaran-kwsp-untuk-pelaburan-unit-amanah

Appointed Fund Management Institution Unit Trust Fund Under The EPF's Members Investment Scheme
No.
IPD
1.
MAYBAN ASSET MANAGEMENT SDN BHD  (IPD001)
2.
PUBLIC MUTUAL BERHAD (IPD 003)
3.
AMANAH SAHAM SARAWAK (IPD 004)
4.
HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 009)


Sunday 30 November 2014

Bolehkah harga emas Dari 1145usd/oz ke 700usd/oz?

Bestnya kalau harga emas jatuh sampai ke tahap itu. It's time to be greedy...tapi adakah andaian ini betul atau semata-mata spekulasi US untuk membuat kan orang yang menyimpan emas menjual segalanya dan kemudian berpindah milik kepada mereka. Nothing is impossible. Ni link dia dan juga carta harga emas di dalam beberapa Tahun yang Lepas.
http://www.toledoblade.com/Economy/2014/11/30/Once-touted-as-safest-investment-gold-slumps.html

Cuba kita perhatikan pergerakan carta di mana harga emas yang berlegar pada 2014 adalah harga sewaktu tahun 2010. Aku ni macam power je pasal analisa. Tapi kalau tanya budak sekolah pon dia leh ambik pembaris then dia leh bagi jawapan yang sama macam aku..Yang aku harapkan korang ada kesedaran untuk menyimpan sedikit emas untuk dijadikan sebagai sebahagian aset.




Signifikan Emas dan Petrol

Harini, sukacita dimaklumkan, harga petrol turun beberapa sen Dari pukul 12 malam. Berita ni kira agak menggembirakan hati saya walaupun macam takda kesan je.. Apa pun yang aku nak  cite kat korang ni supaya membeli emas lagi-lagi dengan aku. Kalau ikut pakdi ngan mohd Zulkifli, dia tak berapa setuju kita nak beli emas berdasarkan andaian semata-mata tapi Bagi wak zaihan, kenaikan petrol dan emas boleh di katakan seiring. Kat sini aku letak kan link untuk korang analisa sendiri.
http://www.kitco.com/news/2014-11-28/Survey-Participants-Look-For-Lower-Gold-Prices-Next-Week.html

Saturday 29 November 2014

Nasihat Cik Rahim

Cik Rahim ni resident engineer  kat tempat aku kerja. Dia kira otai dalam ilmu kejuruteraan. Mana taknye dekat 30 Tahun berkecimpung dalam construction bangunan. Dalam berbual ngan dia, antara nasihat dia untuk kestabilan ekonomi yang dia dapat kecapi pada umur sekarang adalah:

1. Beli rumah di Kawasan strategic
Tak salah aku, cik Rahim Ada rumah dua tingkat kat area TTDI, masa dia beli tu harga dalam seratus lebih je. La ni harga mencecah jutaan ringgit. Dia sewa kan pada company yang Bagi tempat tinggal pada pekerja. Agak mahal kadar sewaan pada company tersebut sebab perjanjian sewa rumah yang lama.

2. Simpanan ASB
Cuba memaksimumkan simpanan dalam ASB. Cuba bayangkan kalau kita Ada RM200k dan dividen tahunan dapat RM20k. Kalau dibahagikan bulanan adalah dalam RM1k. Ini umpama duit pencen bulanan semasa persaraan nanti.

3. Selalu pindah tempat Kerja
Bila dah Ada pengalaman, value kita ni makin tinggi. Mana tempat kita kerja pun boleh hid up. Dia kata Carik offer yang terbaik. Then pindah randah company untuk mendapatkan peningkatan gaji yang cepat.

4. Hadiahkan diri setiap tahun
Boleh kata setiap Tahun dia kan pergi umrah dan melancong. Biasala bila Ada lebihan duit. Tapi Cara ini di buat untuk menambah motivasi diri. Beramal dan melancong.

5. Beli emas
Antara orang yang menggalakkan simpan emas adalah cik Rahim. Dia kata emas adalah mineral dan benda ni akan habis juga. Bukan satu sumber yang boleh diperbaharui.

6. Pasang solar di bumbung rumah
Ni projek terbaru Beliau. Tahun Lepas dia pergi satu pameran. Then Ada orang offer pasang alat solar kat bumbung. TNB akan beli tenaga elektrik yang di simpan dalam satu alat setelah mendapatkan tenaga Dari solar yang di pasang di bumbung kita secara bulanan. Kos pemasangan awak mahal. Tapi mendatangkan income bulanan.

7. Unit trust investment guna KWSP
Cik Rahim kata investment ni bagus. Korang leh tengok penerangan kat post terbaru aku di mana kawan aku menjadi agen kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskanya. Cik Rahim kata, hasil akan dituai masa kita pencen dan figure yang dia dapat agak mengkelabukan mata aku.

Kalau aku dapat ilmu lain Dari cik Rahim aku akan kongsikan lagi.
Haji Rahim bin Rejab

Friday 28 November 2014

GAP -Program Akumulasi Emas

Untuk kawan-kawan yang TAK mempunyai wang lebihan yang banyak, aku cadangkan korang start melabur emas dalam bentuk GAP.
GAP ni satu program yang ko simpan emas dengan cara ko buka akaun kat public gold. Emas dia jenis 999. Harga kat public gold bergantung pada harga market dunia. Contoh beli bulan ni RM137, bulan depan mungkin lagi rendah atau lagi tinggi.
Setiap bulan korang nak simpan satu gram. Then belilah secara online dalam public gold. Bila dah sepuluh bulan dah jadi 10gram. Then masa tu harga segram tengah tinggi. Nak jual. silakan.nak simpan pon boleh..
Korang kena faham cara harga yang kita beli dan jual.takut salah faham. Boleh hubungi aku untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku akan Cuba guide slow2 ye. Contact no. Nasir 0187704294 / 01125860276


* harga PG sell tu yang ko akan beli dan PG buy adalah harga yang korang dapat kalau jual


Di sini ada link untuk GAP http://publicgold.com.my/v1/images/stories/pdf/promotions/2014-08/gap_tc%20web_full.pdf


kalau korang nak jadikan aku introducer ni no aku PG049649

Thursday 27 November 2014

Tips Wak Zaihan-Siri 1

Dalam blog iskandagreat selalu  sebut nama wak zaihan. Kalau korang nak tau wak zaihan adalah penasihat  kewangan peribadi aku yang tak official. Bak kata orang. Orang yang lagi tua makan garam dulu daripada kita. Di sini aku share ngan korang tips berharga Dari wak zaihan.

1.The power of Cash
Bila kita mempunyai cash money, dengan itu aliran tunai kita lebih cair. Bila cair, senang kita untuk mencorakkan apa bentuk pelaburan yang kita nak buat. Contohnya kita menangguhkan beli kereta baru dan hanya pakai kereta 2nd. Tak perlu hutang bank. Kat situ duit installment lehla buat simpanan.

2.manipulate ASB
Golongan bumiputra ada peluang until membuat pinjaman ASB. Wak penah buat pinjaman peribadi untuk melabur dalam ASB. Dia kata yang penting pekali mesti besar.maksudnya kita buat pinjaman ASB semaksimum mungkin. Contohnya 200k. Tahun pertama guna personal loan bayar installment bulanan. Tahun ke dua letak duit dividen dan bayar pada asb loan. Tahun ketiga buat mcmtu gak. Then Tahun Kelima stop. Bila kita stop masatulah hasilnya dituai. Untuk Siri 2 aku Cuba dapatkan secara detail program ASB manipulation cara wak zaihan.

3. Main Saham
Dia siap blaja kat zam Saham untuk memahirkan diri dalam pembelian saham di BSKL. Aku punyala semangat dah buka akaun di platform OSK RHB. Tapi sebab modal takda dengan belum Ada keberanian. Aku tangguhkan dulu. Main Saham kena blaja dulu and ada capital yang besar. Bak kata wak. Pekali kena besar baru ada SUNNN..

4. Usahakan pertanian
Wak zaihan kalau time cuti dia akan usahakan sawah padi kat area umah dia. Berapa petak sawah aku tak pasti. Tapi masa menuai bolehlah buat tambah-tambah.

korang mungkin kurang jelas apa yang aku Cuba ceritakan. Nanti lama-lama korang fahamlah..hehehe..Secara konklusi wak zaihan berpendapat kita Ada Core income-makan gaji danseharusnya kita perlu berusaha mempelbagaikan income kita. Berhenti mengharapkan satu slumber sahaja lebih lagi zaman sekarang yang bukan macam zaman dulu. Fikirkanlah ye.

Al fatihah untuk wak Zaihan yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan March 2015. Perkenalan yang singkat tapi sangat memberi kesan mendalam kepada aku. Semoga kita berjumpa lagi SAHABAT

Wednesday 26 November 2014

Pelaburan Hartanah

Malam ini kita masuk ke dalam pelaburan hartanah. Memacam nak buat dalam satu masa. Tapi benda ni tak mustahil kalau kita lakukan. Betul tak? Setiap benda yang kita ceburi perlu ada keserasian. Then, macam aku yang masih mentah ni perlu discover seberapa banyak pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan di dunia dan juga di akh... apa dia murid-murid. akhirat... PANDAI...
Kat sini aku sertakan link untuk pelaburan hartanah pula. Actually aku dapat info ni pon dari FB. But sharing is caring kan...

http://dsrgroup.my/tong-tong-duit-beli-hartanah/

Tuesday 25 November 2014

Cara Renew Insuran Kereta dan Road Tax

Tahun baru bakal menjelma. Bagi yang beli kereta di awal Tahun kenala renew insuran Kete ngan road tax. Kalau korang nak jimat, korang buat sendiri dengan Cara pergi ke link di bawah. yang penting korang Ada maybank2u sebab proses bayaran guna kan Cara tersebut. https://www.motortakaful.com/

Korang isilah maklumat sehingga ke pe bayaran. Pastikan korang print resit transaksi dan cover note. then korang leh pergi pejabat pos atau ke myeg untuk renew road tax. Mudah bukan..
Kalau nak cek value semasa kereta korang pergi link ni
https://www.mycarinfo.com.my/MarketValue

 Bagi yang dah pandai buat, korang sebarkan ye. buat untuk keluarga terdekat. kurang-kurang lehla jimat kan duit berbanding guna agen atau kedai kereta. Selamat Mencuba

Products Public Gold-Barang Kemas

Bagi orang pompuan, Barang Kemas merupakan antara salah satu barang yang boleh buat dia orang rabun ayam. Kalau orang laki bukan kesah sangat. Macam aku dulu suka pakai cincin ada mata, tapi sekarang dah malas nak pakai. Korang bayangkan orang pompuan kalau keluar berjalan, Ada nak dekat RM5000.00 asset yang depa pakai. Yerlakan. Gelang emas, subang emas, rantai leher total value dia kalau dikira. Tu yang aku tanya kat orang umah aku berapa value yang ada kat badan aku masa aku keluar jejalan. Kalau takat suar bundle, baju tshirt berapalah sangat.adalah Rm30.00 Je kot. Ni Antara contoh barang kemas yang dijual. Harga untuk barang kemas PG tiada kos umah. Cuma kos pengangkutan sahaja(kadar sangat minima)


D-Series 22K Exquisite Knot Design Clain Bracelet

D-Series 22K Exquisite Knot Design Clain Bracelet


Kat sini aku sertakan link public jewellery untuk korang tengok dan kalau minat bagitau aku ye
http://www.publicjewellery.com.my/

 Ni ada lagi satu link untuk sesape yang minat nak beli barang kemas. http://www.lubukemasmurah.com/27999gold
Yang lubuk emas murah ni kena direct contact ngan agen yang tertera kat website tu.

Tips Mohd Zulkifli Mengenai emas

Tulisan Mohd Zulkifli sangat menarik untuk meyakinkan kita semua untuk membuat pelaburan emas.  
Aku menyokong kuat apa yang beliau Cuba terangkan pada kita semua. Pilihan di tangan anda..hehe.kasi bakar korang.. Baca ye untuk tambah ilmu.http://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html#more-4392

Thursday 20 November 2014

Artikel menarik mengenai emas

http://www.cnbc.com/id/101918394

 http://publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=19712%3A20-november-2014-gold-its-time-to-buy&catid=222%3Aarticles-news-digest&lang=en

Ada dua artikel mengenai emas dalam bulan Nov 2014. Sangat menarik. aku tak pandai baca sangat. Tapi aku faham tajuk besar dia. 1st artikel menyebut tentang kenaikan harga emas ke 5000 usd per oz dan artikel kedua mengenai kesesuaian membeli emas pada waktu sekarang.
Nanti ada masa aku post link mengenai harga emas boleh jatuh sampai 800 usd per oz. Takut tak...hehehe. Orang kita suka benda yang meningkat je tapi bab menurun ni.ehem... Tapi apapun semua ni kita kena kumpul. Biar otak kita proses untuk menilaikan dan seterusnya merangsang saraf motor untuk bertindak.

Thursday 13 November 2014

Pelaburan Emas

Harga Emas menunjukkan trend menurun dalam akhir tahun ni. Sesuatu yang menarik hati aku untuk menceburkan diri dalam emas.

Kenapa emas?

Aku surf banyak jenis blog pasal meningkatkan kewangan keluarga dan diri. Aku sangat tertarik dengan satu blog iaitu http://www.mohdzulkifli.com/?s=pelaburan+emas. Kat blog nilah yang aku belajar dan faham apa tu emas. Korang kalau minat bacalah. Sangat bagus.
Banyak jenis pelaburan yang ada sekarang ni. Yang paling banyak disebut Hartanah, Emas dengan Saham. Why Gold? sebab harga dia yang sangat menarik dan urusniaga dia sangat menarik

How did i get involve in Gold?

Stage 1
Tahun 2009. Dalam facebook banyak orang cerita pasal emas. aku tak kesah pon pasal masa tu zaman baru kahwin. Tak pikir pasal nak tambah duit pon. Then benda tu menjadi satu iklan yang boleh diabaikan

Stage 2
Tahun 2013. Time tu aku selak surat khabar sinar harian. Ada iklan Serambi Emas. aku dok baca lah pasal emas. aku amik keratan akhbar tu then aku tunjuk kat wak zaihan-'penasihat ekonomi aku'. Dia kata benda ni bagus juga tapi untung lambat. Aku pon ikut nasihat dia lagipun aku takda duit masa tu.

Stage 3
Tahun 2014. aku start secara aktif mencari dalam google cara nak selesaikan hutang ngan menambahkan pendapatan. Kat sinilah aku terjumpa blog http://www.mohdzulkifli.com/ dan http://www.pakdi.net/
Then aku start blaja n cari maklumat pasal emas.

Stage 4
Bulan Nov 2014, aku dan wan- gold biz partner aku  memulakan langkah pertama dengan membeli 1 dinar kat Perling. Itulah dinar pertama aku beli. Harga masa tu RM541. Mohd zulkifli memang dah kata kalau nak rasa aura emas try beli yang paling kecik harganya. Kalau 1gram pun dah ok. Korang nak rasa betul ke tak. Ko tryla beli ngan aku.

Stage 5
Dalam bulan Nov 2014 juga, aku beranikan diri untuk jadi Normal dealer kat Public Gold. Public Gold ada buat tawaran kalau nak jadi dealer kena beli 150gram emas. Fuhhh,... banyak tu.. Aku pun deal ngan mak aku. Then aku tanpa melengahkan masa. terus je beli 36 dinar. masa tu harga RM529 satu dinar. Dan secara rasminya aku menjadi dealer Public gold. Untung jadi public gold punya dealer ni kita dapat 1% dari harga PG sell dan kalau jual pun dapat 0.3% tak silap aku. Alang-alang aku nak melabur dalam emas. aku fikir jadi dealer ada faedah tambahan buat aku.

Korang pun boleh buat macam aku buat. Bagi aku pelaburan emas ni secure sebab benda ni kita pegang sebab kita dapat emas fizikal. Masa zaman blaja dulu ada gak budak UM buat skim emas kat negara afrika tapi benda ni online. Last2 senyap gitu jerk.

Kalau korang rasa berminat korang email aku kat syednasir83@yahoo.com atau contact aku 0187704294 / 01125860276. Aku akan guide korang. * aku nyesal tak jadikan mohd zulkifli sebagai dealer introducer*.