Saturday 6 August 2016

Hutang emas di bawa belayar

Misi yang terdekat adalah membebaskan diri dari hutang. Ya... hutang yang diikat oleh bank umpama rantai besi yang diikat dileher dengan badan kita dicemeti untuk disuruh bekerja.

Itulah perhambaan zaman moden yang kita lalui. Aku cerita pada kawan aku, automatik dia terbayang dia tengah berada di padang pasir tengah buat piramid.

Hutang kereta, rumah, kad kredit. Mula selesaikan yang kecil dan seterusnya kesan snow ball akan kelihatan. Apa yang aku faham, kita cuba cari hutang yang paling kecil jumlahnya dan cuba selesaikan dengan menggunakan wang lebihan simpanan mahupun wang tambahan hasil part time.

Setelah 1 hutang selesai diikuti hutang yang seterusnya. Corak kali ini berlainan kerana kita akan menambah bayaran bulanan untuk hutang kedua yang ingin kita selesaikan. Begitulah seterusnya sehingga semuanya selesai.

Cara yang kita gunakan ini berkesan hasil displin dan niat untuk melangsaikan hutang. Kita dapat bayangkan tak, umpama satu tali terlerai dari leher diikuti tali lain dan akhirnya kita merdeka.

itulah merdeka yang sebenarnya. Lihatlah orang kampung yang bebas minum air kopi bersama isteri. Biar tidak bergaya dan hanya honda cup sebagai kuda, namun ketenangan, kebebasan yang mereka ada itulah yang lebih berharga.


No comments:

Post a Comment