Tuesday 23 December 2014

Tipah Tertipu

Dalam dua tiga hari ni dalam blog, suratkhabar ngan facebook banyak menceritakan penipuan di dalam skim pelaburan. Skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang agak lumayan. Sejak dari dulu lagi aku dah tanam kat jiwa aku tak mudah untuk percaya sesuatu benda melainkan dengan selidik dulu. Tapi kita manusia kekadang lupa tentang pengalaman yang orang lain lalui atau dilalui sendiri. Sedey beb bila tengok orang kena tipu. Kita leh rasa perasaan susah senang nak mencari duit. Pesan aku kat kengkawan, jadikanlah ia sebagai tauladan agar tidak berulang Tragedi Oktober.

Aku pernah dengar satu iklan Kelas Menjahit kat IKIM.fm. Dia punya tenaga pengajar siap suruh solat istikharah sebelum join kelas dia. Agak unik pesanan dia tapi benda baik kita harus amalkan. ye tak?
Sila hayati post fb yang aku bawakan ini supaya korang tak mengambil langkah yang sama, Skim pelaburan emas yang  menipu pelanggannya menawarkan satu bentuk pendapatan bulanan hasil pembelian emas tersebut secara tetap. Bayangkan beli satu gram dapat 14 hinggit sebulan.kalau 1000gram. WAUUUUUUUU. Last2 kena hawau. U memang jahat!

Nasihat seorang agamawan, Bila nak join sesuatu bentuk pelaburan atau perniagaan. PASTIKAN URUSAN YANG DIJALANKAN HALAL. Mudah bukan. Bila mana ada benda yang syubhah kat situ. Pandai2 korang pikir. Maaf kalau aku salah info. Ni kira copy paste punya ayat je.



Monday 22 December 2014

Product Public Gold yang dikecualikan GST

Sungguh berduka apabila kerajaan still nak maintain buat GST. Hope adalah berita gembira dari depa untuk kita semua. Bila ada GST rupanya aku survey2 emas pon kena gak. Dua kali aduh padaku. Tapi Public gold perkenalkan emas LMBA-nama panjang dia London Bullion Market Association. Kira emas yang dijual ni diiktiraf dari segi kualiti standard nya dan diseluruh dunia. Aku tengok harga dia ada tinggi sikit dari harga yang takda LMBA cuma kelebihannya dia takkan dikenakan GST nanti.

10 dinar 999.9


1/2 dinar 999.9








 Ada minat sila contact aku ye  Nasir  0187704294 / 0167212826


Sunday 21 December 2014

Punca Market Crash di pasaran Saham

APAKAH PUNCA SEBENARNYA 'MARKET CRASH'?...Peluang disebaliknya.
Ramai orang yang takut apabila mendengarnya. Tetapi adakah mereka faham apakah sebenarnya dengan maksud 'market crash' atau pasaran menjunam itu?
Di sini kita akan membicarakan bagaimana dan hubung - kait tersirat pasaran saham dengan Psikologi pemain pasaran saham. Pelabur suka pasaran naik. Pasaran yang sedang hot atau lebih dikenali sebagai bull market boleh merubah 'perangai' seseorang. Lebih - lebih lagi ditambahkan dengan kenyataan orang kenamaan seperti Tun Daim Zainuddin yang setiap kata - katanya memberikan kesan kenaikan yang besar kepada pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur. Ramai orang yang memerhatikan gerak - geri Tun Daim selepas itu dan memgambil keputusan membeli saham yang mahal. Mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan permainan 'putaran saham' kerana selepas itu pasaran turun menjunam dengan teruknya pada tahun 1997 dan 1998. Habis untung malah ditambah pula dengan kerugian sehinggakan ada yang memberi kesan mental kepada sesetengah pelabur ketika itu. Tidak lama kemudian, pasaran naik semula secara mendadak sehingga tahun 2001. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kerugian bermain saham, kita semua harus tahu 'pattern pasaran saham dan physcology pelabur'. Semua orang yang berada dalam pasaran kewangan selalunya membuat keputusan pelaburan yang silap. Sepatutnya, apabila orang sedang sibuk hendak membeli, masa itulah mereka menjual saham. Tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku kerana kebanyakkannya membeli saham ketika harga sedang mahal dan menjualnya ketika harga murah. Sifat tamak ketika membeli, dan sifat panik ketika menjual biasanya menguasai emosi dan pemikiran pelabur ketika membuat keputusan. Maka hal yang demikian, 95% orang yang bermain saham mengalami kerugian, hanya 5% sahaja yang untung! Statistik ini pasti mengejutkan semua.
Pasaran Bottom --> Pasaran Hendak Naik --> Pasaran Sedang Naik --> Pasaran Naik --> Pasaran Menjunam
PASARAN 'BOTTOM'
Pasaran 'Bottom' bermula apabila semua orang berfikiran terlalu pesimif.
Mereka akan menjual pegangan saham mereka setelah melihat begitu banyak cerita yang negatif tentang pasaran saham. Contohnya, penutupan kilang - kilang. Pemberhentian pekerja oleh syarikat multinasional, harga sektor hartanah merudum dan macam - macam lagi. Kebiasaannya, mereka akan menjual pelaburan mereka pada harga di bawah nilai sebenar yang disertai oleh emosi yang tidak stabil.
PASARAN AKAN NAIK
Ketika pasaran 'Bottom' inilah datangnya pelabur bijak. Mereka antara orang membuat pembelian paling awal dengan harga yang paling murah kerana mereka tahu yang mereka boleh menjual pada harga tinggi di kemudian hari.
Siapakah pelabur bijak ini?
Mereka adalah
1. Orang - orang korporat
2. Hedge Fund
3. Market Markers
4. Pelabur Jutawan seperti George Soros, Warrant Buffet
Mereka ini mempunyai maklumat yang biasanya orang awam tidak ketahui. Walaupun masih ada tekanan jualan, mereka ini mempunyai kapasiti untuk terus membeli dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham yang ada. Mereka membuat pembelian awal dan menjual dengan keuntungan berlipat - lipat kali ganda kepada pelabur runcit dan pengurus dana. Oleh, sebab itulah kalau anda perhatikan kebanyakan orang kaya dunia adalah dikalangan mereka yang sudah mencatatkan nama sebagai orang kaya dunia untuk sekian kalinya. Tidak kira sama ada pasaran ekonomi baik atau tidak. Contohnya; Warrant Buffet dikira orang terkaya di dunia walaupun syarikat pelaburannya iaitu Berkshire Hathaway dikatakan mengalami kerugian dalam pelaburannya.
PASARAN SEDANG NAIK
Kenaikan pasaran saham akan membuat pelaburan dalam amanah saham meningkat. Berjenis - jenis dana baru akan diperkenalkan kepada orang awam. Wang 'baru' yang kadang - kadang menjangkau berbillion ringgit akan membawa kesan langsung kepada pasaran saham. Pasaran akan mengalami kenaikan yang 'steady' kerana pelabur institusi memainkan peranannya. Selepas pasaran saham naik dan saham sudah sampai nilainya pelabur bijak akan menjual sebahagian pegangan pelaburan mereka. Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit masih ragu - ragu dengan kenaikan ini. Pasaran masih lagi mengalami kenaikan, Pelabur Runcit mula meminati dan berhasrat untuk membuat pembelian saham. Pelabur runcit, atau dikenali ikan bilis yang datang beramai - ramai membuat keputusan pelaburan berdasarkan Majalah Kewangan atau cerita - cerita dari kawan. Tidak kurang pula yang bertukar - tukar tips dengan menyatakan kaunter itu atau ini akan naik. Ketika ini semua orang mula menunjukkan minat untuk bermain saham. 'Apek - apek' dan 'Ahso' sudah meninggalkan meja mahjong dan mula mengayuh basikal atau naik motor burok mereka ke syarikat broker saham. Pasaran menjadi semakin panas, pelabur saham bercita - cita untuk menjadi kaya secepat mungkin. Pelabur runcit mula datang beramai - ramai dan menyebabkan banyak syarikat berhad ingin mengapungkan saham mereka atau melancarkan IPO. Syarikat mengapungkan saham untuk mendapatkan harga yang paling tinggi bagi nilai syarikat mereka kerana sentimen positif pasaran. Kenaikan IPO secara mendadak ini akan membuatkan pelabur runcit semakin tamak untuk menjadi kaya semacam mee segera. Memang betul, ketika ini ada pelabur runcit yang menjadi kaya - raya, tetapi hanya untuk seketika kerana kebanyakkannya akan mula tamak dan membeli lagi banyak saham! Pada masa ini, harga pasaran naik berlipat kali ganda kerana media melaporkan kenaikan pasaran saham. Semua orang bergembira dan ada yang berharap Bursa Malaysia harus dibuka 24jam!
PASARAN NAIK
Pada ketika ini jugalah media utama seperti majalah kewangan, suratkhabar atau internet mula menyiarkan semakkan semula harga 'target' yang dibuat oleh pakar analisa pelaburan. Inilah menyebabkan harga menjadi bertambah 'overvalued'. Pelabur bijak mengetahui saham yang terlebih nilai tidak akan bertahan lama. Pada masa inilah, pelabur bijak menjual dengan erti kata mengagihkan pegangan saham mereka kepada pelabur runcit yang sedang berebut - rebut untuk membeli saham. Pelabur bijak sememangnya bijak kerana membeli ketika harga paling murah dan menjual pada harga paling tinggi. Mereka mengaut untung yang amat lumayan!.
Hakikatnya, ramai pelabur runcit tidak perasan akan tanda - tanda pasaran sudah hampir ke kemuncaknya. Mari kita renungkan tanda - tanda dibawah ini : Syarikat mula menipu keuntungan kewangan mereka, supaya harga saham akan dinilai semula. Sesetengah syarikat menipu pelabur dengan janji - janji manis tentang prospek syarikat mereka. Sesetengah pelabur runcit membeli saham kerana ingin memegang saham yang 'glamour'. Sesetengah pelabur runcit mula menggunakan margin untuk menambahkan pegangan saham mereka. Semua orang menjangkakan tiada pembetulan pasaran akan berlaku! Faktor ketamakkan berikut membuatkan pelabur runcit hilang pertimbangan dalam membuat keputusan pelaburan;
PERMULAAN BEAR MARKET/MARKET CRASH -
Pasaran menjunam Selepas pengurus dana melaburkan semua duit yang diamanahkan untuk melabur, begitu juga pelabur runcit. Pasaran sudah 'overbought' atau terlebih beli. Bermaksud tiada lagi tunai untuk menabahkan 'rally' pasaran menaik. Pasaran hanya boleh menuju satu arah. Naik, mendatar atau turun. (Kebiasaanya pasaran akan mendatar untuk seketika sebelum terjun menjunam) Semua ini hanya menunggu cerita negatif yang keluar untuk membuat pasaran bergoncang. Media utama seperti Bloomberg atau CNBC mula menceritakan tentang skandal syarikat awam dan penipuan oleh lembaga pengarah syarikat. Contoh di Malaysia yang berlaku pada tahun 2007 ialah penipuan akaun syarikat Transmile Bhd dan Megan Media Bhd. Harga Saham Transmile dari RM14.00 turun sehingga RM0.50 dalam masa tidak sampai setahun!
Apabila suasana panik bermula, pasaran akan turun menjunam lebih laju dari ketika pasaran naik. Keadaan ini biasanya bertambah teruk ketika pelabur runcit hendak menjual, tetapi tiada pembeli hendak membeli. Ini pastinya akan memberikan impak kepada sesiapa yang menggunakan 'margin facility' yang memungkinkan mereka boleh jatuh 'bankrupt'. Pelabur runcit masih tidak menjual pegangan mereka, dengan berdoa agar pasaran segera pulih. Pasaran turun dari 10% ke 20 %, mereka masih tunggu & berdoa, turun lagi sehingga 50% mereka masih menunggu dan masih berharap pasaran akan naik semula..Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit berfikiran begitu negatif tentang ekonomi dan pasaran saham kerana di 'momokkan' dengan cerita dari suratkhabar dan berita - berita negatif ekonomi dar media utama. Setelah bosan dan 'give up' dengan penurunan harga akhirnya mereka menjual pada harga yang paling rendah. Sesetengahnya pula menyimpan saham ini untuk jangka masa yang panjang. Ada yang membeli harga Beringgit tetapi masih menyimpan walaupun harga tinggal beberapa sen! (katanya pelaburan jangka - panjang). Lebih teruk ada yang simpan sampai sehingga syarikat dibuang dari Bursa Malaysia. Putaran bermula semula Ketika ini harga saham didagangkan dibawah nilai sebenar. Pelabur bijak mengambil kesempatan dengan membuat pembelian sebanyak yang mungkin. Pelabur runcit pula adalah antara orang paling lewat masuk pasaran dan membeli saham yang dijual oleh pelabur bijak. Putaran ini akan berlaku sampai bila - bila selagi pelabur runcit tidak mengubah cara dan strategi pelaburan mereka.
Kita lihat sahaja beberapa tahun lepas (2011-2013) dimana sahaja orang sibuk membicarakan harga hartanah yang mahal dan ketidakmampuan rakyat.Harga melampau-lampau mahal dan peniaga sibuk membuat empayar hartanah dan projek-projek perumahan disana sini.Keuntungan berlipat kali ganda.
Beberapa tahun lepas dan kemuncaknya akhir 2014,banyak syarikat ghairah menceburkan diri dalam OIL & GAS.Lebih -lebih lagi harga minyak yang mahal(USD 100 per barrel) dan peruntukkan besar Berbillion-lion oleh Petronas bagi membangunkan projek Rapid di Pengerang Johor.
Syarikat yang awalnya menjual perabut menukar teras perniagaannya kepada Oil dan Gas.Yang membuat services Training penerbangan seperti APFT berhad pun bertukar ke Oil dan Gas.Pendek kata semua sibuk untuk join oil dan Gas...saya punya rakan baik pun ghairah dengan bidang ini.
Maka apa yang saya kongsikan 2 tahun lepas tentang apa akan jadi jika harga minyak turun ke paras USD50 nampaknya menjadi kenyataan.Semua taikun oil dan gas termasuk kerajaan Malaysia sendiri mula terpaksa ubah segalanya apabila harga minyak turun bawah Usd 80.Jika harga USD lagilah banyak hal perlu disusun semula
Maka seperti yang dimaklumkan tentang pattern dan proses kenaikan pasaran.Semua benda bermula dengan tidak minat kepada minat yang melampau.Seringkali kita tidak mengindahkan pada awal kenaikan dan sibuk-sibuk pada penghujung kenaikan.
Punca Utama sibuk-sibuk salah ini adalah sifat semulajadi yang IKUT IKUTAN.
Sekarang dunia pelaburan dan Oil dan Gas sudaha beralih kepada IT dan Teknologi semula.Peningkatan masih di tahap awal dan sejarah biasanya akan berlaku semula.
Sebenarnya, pelaburan bukanlah sesuatu yang tinggi risikonya jika kita memahami putaran ini.
Ini adalah sebahagian dari maklumat kajian saya dalam menjadikan pelaburan saham adalah menguntungkan.

# Artikel diambil dari Zam Saham Facebook

Saturday 20 December 2014

Product Public Gold- Emas 999 dan 916

Abang kakak, makcik pakcik Leh tengok gambar di bawah. Inilah Antara produk public gold yang menarik dan tertarik untuk di simpan. Aku dengan wan mulakan dengan 1 dinar. Kamu semua bila lagi? Hubungi saya untuk mengetahui Lebih lanjut ye. Contact number 0187704294 / 01125860276



\










Tuesday 9 December 2014

EPF Investment Scheme

Skim pelaburan ni adalah sejenis pelaburan alternatif  dengan menggunakan Dana Dari akaun 1 KWSP. Wang dari akaun 1 akan dilaburkan bergantung pada Dana yang telah ditetapkan. Tiada kos yang perlu dikeluarkan untuk menyertainya.

Haji Rahim sekarang telah berumur 58 tahun dan telah menikmati hasil pelaburan di dalam unit trust. Beliau sangat menganjurkan kepada anak muda untuk menyertai program ini.

Di bawah aku sertakan senarai  appointed fund management yang menguruskan pelaburan ini. Aku amik list Dari laman web KWSP.

Sekiranya berminat. Boleh hubungi aku di Talian 0187704294. Kawan aku Mohd Sukri merupakan agent Bagi salah satu appointed fund management. No tel mohd Sukri adalah 0126944917.

Untuk kelebihan pelaburan ini. Aku sertakan link Dari blog abang ensem http://abangensem.com/kelebihan-skim-pengeluaran-kwsp-untuk-pelaburan-unit-amanah

Appointed Fund Management Institution Unit Trust Fund Under The EPF's Members Investment Scheme
No.
IPD
1.
MAYBAN ASSET MANAGEMENT SDN BHD  (IPD001)
2.
PUBLIC MUTUAL BERHAD (IPD 003)
3.
AMANAH SAHAM SARAWAK (IPD 004)
4.
HONG LEONG ASSET MANAGEMENT BERHAD (IPD 009)