Sunday 31 May 2015

GST IMPACT ii

Alhamdulillah aku masih sihat dan boleh bekerja seperti biasa. Mungkin ada nasib orang lain yang terpaksa diberhentikan secara paksarela atau sukarela. Syukur ya Allah.

Dengan rasa rendah diri, aku nak berkongsi kesan gst terhadap diri aku dan orang yang berada di sekeliling aku mengikut kaca mata yang aku pakai sejak darjah 4.

Sakit nya ku di sini... kesan gst memang best. Sikit tapi perit untuk rakyat yang ada income sedang2. Aku x pasti orang kelas menengah ke atas depa rasa macam mana.

Kesan yang aku leh nampak

1. Bisnes jadi slow. Penjual ramai dari pembeli. Apo nak buek.kuasa membeli dah makin kurang sebab nak jimat

2. Bil tepon ke bil letrik ke bil majlis daerah, macam ada pertambahan. Tapi sebab malas nak kaji2. Bayo jelah kan sebelum ada surat lain menyusul.

3. Lepak kedai mamak dapat 2 resit. Time bayo kena lebih 40 sen. 100 kali sebulan g kedai mamak. 40sen dah jadi rm40.

4. Sikit2 dah mula sentuh duit simpanan. Kira sedut duit emergency sebab monthly expenses tak cukup.

5. Jenayah makin meningkat. Bab curi2 ni makin ligat je dengar. Kawan aku antara mangsa pecah rumah.

6. Polis trafik makin efisen. Cuak kengkawan aku yang ada waran tangkap. Terus bayar je walaupun mencecah ratusan ringgit.

Banyak lagi kesan gst yang dah mula terasa. Apa yang pasti kesan jangka panjang lebih menyakitkan. Penyelesaiannya, berusahala sedaya mungkin. Rasulullah dah beri contoh yang terbaik macam kurangkan makan, tak membazir dan lain2. Jadi, terpulanglah. Aku ingatkan untuk diri aku juga..

Tuesday 7 April 2015

Harga Emas memang tidak akan murah.

Panduan Mendaftar dan Proses Jual Beli di UEG NETWORK Mall

Ebook ini khas untuk sesiapa yang berminat dengan emas PUBLIC GOLD. Lepas ni, kalau nak beli emas PG hanya perlu ikut panduan yang disediakan. Mudah bukan? Tak perlu menunggu stok atau melalui scammer yang bakal menghanguskan duit kita.

Klik UEG NETWORK EBOOK  untuk mendapatkan ebook tersebut secara percuma.






Saturday 4 April 2015

DUIT KOCEK sempena GST FEVER

How to Generate a Passive Income????

Wawancara mengenai Sultan Ibrahim di tv 3 sangat menarik perhatian aku. Ada satu part, sultan bangsa Johor menceritakan yang baginda mengutip tin dan besi buruk dan dikumpul lalu dijual untuk membeli basikal impiannya. aku terfikir sejenak yang kita rakyat biasa kekadang segan nak buat benda macamtu.

Tuan Azizi dalam email yang terbaru telah memperkenalkan satu pakej telekomunikasi yang seakan akan mlm. Aku x pasti sangat produk tu tapi yang menarik adalah cara dia marketkan sesuatu. Beliau mempunyai nama sebagai investment advisor di Malaysia dan secara tak langsung memudahkan beliau untuk marketkan apa jenis barang pun. Orang kaya macam dia pun dok buat benda yang kekadang kita nampak LEKEH. 

Tuan Zulkifli adalah Master Dealer untuk produk Public Gold. Untuk menjana income tambahan, dia ada tulis satu buku tajuk dia zero hutang. Kat sini kita boleh rumuskan. Tulis buku pun boleh buat duit.

3 tokoh di atas boleh dijadikan sebagai role model untuk kita berjaya di masa hadapan. Aku macam biasa, still in progress jual Stevia dengan Jual beli emas Public Gold. 

Pasal Public Gold, aku dah temui satu formula yang boleh buat aku pergi jauh dan korang pun boleh turut sama. Aku jumpa UEG Network. Tuan Sharif merupakan owner kepada system UEG Network. Copy sebijik cara Public Gold untuk order emas. Brader Azlan yang kenalkan aku dengan UEG. 

Dengan join UEG Network, secara x semena aku dah wujudkan satu bentuk income passive untuk diri aku. Di bawah adalah penerangan ringkas pasal UEG Network mengajar kita buat duit dengan jual beli emas.

1. Contoh harga 1gram emas 999 hari ini
150+5. Bila Tuan beli jadi 149+5
Jadi profit diri sendiri RM1

2.Introducer Insentif 1%. Katakan Tuan introduce Ali.
Ali beli RM5000 emas UEG. Ali dapat emas. Tuan pula dapat RM50 iaitu 1%.

3. Insentif overide. Katakan Ali tadi beli lagi RM5000 pada hari yg lain. Oleh kerana Ali dan Tuan sama level. Jadi Tuan dapat insentif 0.2% dari 5K. =RM10

4. Insentif Buy Back iaitu Tuan jual semula emas dari pelanggan kepada UEG. Dari urusniaga buy back tadi Tuan akan terima insentif 0.3% dari nilai buy back.

5. Jika Tuan memang orang berduit. Nah  Tuan duduk saja didalam pasaran mencari Buy Back emas dan Jual semula pada pasaran seperti emas baru. Purata 8% -12% setiap kali selesai urusniaga ini.

Dengan 5 cara ini sudah cukup Tuan. Tanpa tinggalkan kerja tetap Tuan.

Kat sini adalah syarat nak jadi Dealer UEG.
Beli Emas 1K, Basic 0.5% pendaftaran percuma sehingga 30 April 2015
Beli Emas 5K, Junior 1%
Beli Emas 50K,Executive 1.5%
Beli Emas 100k,Senior 1.8%

Introducer insentif 1% dari jumlah belian.

Buy Back 0.3%
Overite sama level 0.2%
Overite tak sama level tolak saja. Contoh junior 1%, basic 0.5%, jadi junior overite 0.5%

UEG bukan MLM
cuma insentif sehala
Daftar sebagai ahli percuma. Korang klik di bawah. Then register new member di member login. Pastikan korang contact aku ye pas daftar.https://uegnetwork.com/reff/ueg000068

Tuesday 10 March 2015

The Iron Lady

Siapakah gerangan iron lady yang ingin aku kongsikan. Beliau yang aku panggil kak is hanyalah seorang cleaner di tempat kerja aku.
kenapa dia layak untuk gelaran itu?
1. beliau hanyalah pekerja biasa tapi yang luar biasanya dia mempunyai kekuatan kewangan yang Mantap.
2. beliau boleh menjalankan perniagaan menjual arnab, itik dan ayam ternakan.
3. Beliau boleh main kutu sampai rm1K dengan rakan-rakannya
4. Beliau boleh membesarkan 2 orang anaknya di saat suaminya koma lebih kurang 10 tahun dahulu.
5. Beliau boleh membekalkan nasi untuk pekerja2 kontrak
6. Beliau boleh menolong suami membuat kerja lanskap.
7. Beliau boleh beli emas dengan saya.

Jangan gunakan alasan bahawa komitmen hidup terlalu tinggi untuk kita hadapi semua cabaran. Jika kita hanya mahukan melihat kejayaan orang lain dan masa yang sama kita duduk bersila minum kopi. Silakan. Pilihan anda sendiri untuk menjadi Iron Man @ Iron Lady Atau seorang rakyat Malaysia yang mengharapkan BRIM setiap tahun.

inilah wajah seorang wanita gigih alaf baru.

KAYA VS SEDERHANA. Di manakah Anda Berada

Petikan di copy paste dari http://aotribe.com.my
Menurut Forbes, 400 orang terkaya di Amerika mempunyai lebih banyak harta dan kekayaan daripada golongan bawah yang terdiri daripada 150 juta rakyat Amerika. Tetapi bagaimana pula dengan orang-orang di antara kelas pertengahan dan orang kaya? Kelas pertengahan? Anda mungkin dianggap kelas pertengahan. Anda tidak miskin, tetapi anda tidak kaya lagi.
Tetapi, kelas pertengahan ini nampaknya semakin mengecil menurut data yang didedahkan sejak beberapa dekad lepas. Ini bermakna anda akan menjadi kurang cenderung untuk menjadi kelas pertengahan pada masa akan datang. Anda lebih berkemungkinan akan menjadi miskin atau kaya. Di golongan manakah anda mahu berada?
Jika anda mahu berada dalam golongan orang kaya, anda perlu mula berfikir seperti orang kaya.
Berikut adalah 10 perbezaan antara kelas pertengahan dan orang kaya:
  1. Kelas pertengahan hidup dalam keselesaan, manakala kelas orang kaya mereka sanggup terima hidup tanpa keselesaan. Memiliki kerjaya yang ‘selamat’ memang selesa. Memang selesa juga jika kita bekerja untuk orang lain. Kelas pertengahan berfikiran jika mereka selesa, mereka gembira, tetapi golongan kaya menyedari bahawa perkara-perkara yang luar biasa hanya berlaku apabila kita meletakkan diri kita dalam keadaan yang tidak selesa. Memulakan perniagaan anda sendiri adalah satu risiko dan risiko boleh menjadikan kita berasa tidak selesa, tetapi risiko-risiko kecil inilah yang diperlukan untuk membina kekayaan dan mendapatkan pulangan yang lumayan.
  1. Kelas pertengahan secara langsung hidup melebihi kemampuan mereka, yang kaya hidup di bawah kemampuan mereka. Orang kaya tidak membelanjakan wang mereka pada liabiliti yang susut nilainya. Mereka membelanjakan wang untuk aset yang meningkat nilainya dan mereka lebih suka hidup di bawah kemampuan mereka. Rata-rata, kereta yang mereka pandu berusia beberapa tahun dan mereka tidak membelinya baru, menurut kajian di dalam buku “The Millionaire Next Door”. Walaupun mereka mampu membeli sebuah Escalade baru yang mewah, mereka biasanya tidak akan membelinya. Dan ingat, jika anda berpendapatan $1,000,000 setahun dan anda menghabiskan $1,000,000 setahun, anda tetap miskin.
  1. Kelas pertengahan cenderung untuk bekerja untuk orang lain. Manakala, kelas pertengahan atas lebih cenderung untuk bekerja sendiri. Orang kaya pula cenderung untuk memiliki perniagaan. Orang kaya faham bahawa mereka memerlukan lebih ramai orang yang bekerja untuk mereka untuk mendapatkan lebih banyak wang dan mereka memahami kuasa pendapatan pasif.
  1. Orang kaya faham bahawa apabila mereka mengelilingi diri mereka dengan orang yang berjaya, mereka akan secara semulajadi terpengaruh dan memiliki kejayaan sendiri. Pendapatan seseorang biasanya adalah purata pendapatan tiga rakan-rakan terdekatnya. Jika anda ingin memiliki lebih kejayaan dan kekayaan, berkawan dan ikut jejak langkah orang-orang yang berpendapatan lebih. Ia membantu minda anda cara berfikir sejajar orang yang berjaya. Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu berfikir kaya.
  1. Kelas pertengahan mudah dipujuk untuk menukar pekerjaan mereka apabila ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Orang kaya pula faham mereka bukan bekerja untuk wang terutamanya pada tahun-tahun awal kerjaya mereka kerana mereka sedar kepentingan membangunkan kemahiran diri dan ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi kaya. Contohnya, kemahiran jualan dan akaun. Jika anda mahu menjadi kaya, anda perlu berusaha untuk mempelajari kemahiran yang anda perlukan untuk menjadi kaya. Kebanyakan orang kaya tidak menjadi kaya dengan mendapatkan gaji yang tinggi.
  1. Kelas pertengahan lebih cenderung membelanjakan duit untuk memiliki kereta mewah dan rumah besar. Jika anda terus membeli dan membelanjakan wang yang ada hanya untuk kemewahan, anda tidak akan memiliki simpanan yang kukuh. Mula beri tumpuan pada simpanan dan pelaburan yang dapat memberi anda pulangan yang tinggi seperti membeli aset dan saham dengan ilmu yang betul.
  1. Simpanan adalah penting. Melabur mungkin lebih penting, tetapi pendapatan adalah asas kedua-duanya. Orang kaya memahami kepentingan simpanan dan pelaburan dan mereka mewujudkan lebih banyak peluang untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan. Jika anda benar-benar mahu menjadi kaya, berusaha untuk meningkatkan pendapatan anda lebih daripada simpanan.
  1. Orang kelas pertengahan melihat duit dengan emosi tetapi orang kaya melihat duit secara logik. Membuat keputusan kewangan secara emosi boleh menjejaskan kewangan anda.
  1. Golongan pertengahan memandang rendah kepada potensi diri, manakala golongan kaya mengasah potensi diri ke tahap yang lebih tinggi. Perbezaan antara golongan pertengahan dan kaya dalam memasang matlamat adalah, golongan pertengahan memasang matlamat yang agak selamat dan mudah untuk mencapainya sedangkan golongan kaya memasang matlamat yang kelihatan agak sukar untuk dicapai tetapi mereka tahu mereka mampu mencapainya.
  1. Golongan pertengahan percaya kepada kerja keras, golongan kaya percaya kepada memanfaatkan tugas kepada orang yang tepat. Kerja keras merupakan perkara yang penting tetapi untuk mencapai tahap golongan kaya, kita mesti pandai manfaatkan kerja keras ini kepada orang yang lebih mahir.
Petikan dari Life Hack.

Friday 13 February 2015

project Stevia feat Daisy

Elak punya elak terjebak juga aku dengan bisnes MLM. memula liat juga aku menerima pelawaan puan daisy aima untuk menyertai beliau dalam project stevia. tapi pada suatu hari...

Gelapnye dah malam, tetiba wak zaihan cakap yang dia nak order stevia sekotak-rm120. Terkejut aku padahal aku cuma cite kat dia pasal stevia ni pengganti gula untuk pesakit deabetis and so on. Aku ape lagi.. esok petang aku terus call puan daisy dan order 2 lot iaitu 2 keahlian stevia. Setiap keahlian berharga rm120 dan dapat 3botol stevia.

Inilah permulaan aku menjebakkan diri ke kancah MLM. Memula x suka skang dah jadi excited nak carik orang yang betul2 memerlukan produk tu. Aku rasa tak bersalah kat dia orang supaya masuk keahlian sebab dia orang digalakkan menggunakan produk tersebut. Manalah tau produk stevia sesuai dengan kondusi badan pesakit. Dapat pahalakan Kita.hehehe.

Ini salah satu usaha aku untuk menjana pendapatan pasif. Aku totally berubah cara pemikiran aku sejak aku berkenalan dengan emas. Mungkin emas salah satu sebab aku boleh join MLM dan menjadi agen unit trust.

Kalau korang tak percaya. korang kena buat macam aku buat. Actually bila suatu tembok dah pecah, maka akan mudah kita menjalankan perniagaan. Dan cuba kita tiru cara orang chinese berniaga. Depa takkan mengharapkan satu jenis perniagaan sahaja. Tetapi ada cabang yang akan mereka buat untuk saling cover mencover. Kekadang sana untung, sini rugi, sana rugi, sini ada sikit untung. Ada betul ke saya cakap nie...




Monday 2 February 2015

Succesfull Story- cerita berjaya

Sejak pagi tadi aku mendapat ilham nak menulis sesuatu mengenai kejayaan yang ada kaitan dengan aku. Aku belum boleh bercerita kejayaan aku sebab belum nak berjaya tapi on da way nak berjaya. Dalam artikel ni nak cerita mengenai kawan aku yang satu sekolah yang dah sukses.

1. Mohd sukri



brader ni dulu amik akaun. Aktif juga dekat um. Memulakan kerja dengan bank2 yang terkenal kat malaysia. Kejayaan= dia menjadi agen public mutual yang berjaya dan bergerak secara freelance skang ni. Masa aku sebilik ngan dia, bakat niaga macam takde je dalam genetik dia.





2. Muzairee daud



dia ni budak akedemi islam um. Tergejal juga budaknya. Dari aku kenal sampai skang memang ada bakat niaga. Dari ice blended ke tm internet line dia buat. Sekarang dah berjaya membuat coklat keluaran sendiri dan dipasarkan sampai negara Arab.



Syarikat yang dimiliki oleh encik Muzairee





3. Mohd Najib Assadok


aku sama skola ngan dia tapi tak pernah cakap sangat. Dia skola mrsm muar dan meneruskan pelajaran kat Utm. Aku tau kisah dia melalui fb je. Kejayaan dia sebagai usahawan internet sangat meletup2. Boomm.boom. kalau korang rajin tengok kat fb Dia.

4. Mohd Azrul


belajar civil engineering dan sekarang merupakan agen prudential takaful berjaya. Kalau tengok kat fb dia, letupan dia agak boom juga. Azrul masa kat um sejenis sukri yang takda unsur biznes dalam jiwa depa.

Semoga korang boleh mengambil ikhtibar dan cuba mencontohi cara mereka. Sedarlah wahai kawan, sebelum nak senang tu, susah mereka kita tak tahu. dan dalam keadaan sekarang, apa yang kita semua boleh buat, kita cuba Bangkit Dari Lena...

Jangan lupa untuk join aku menyimpan dan berniaga emas public gold. lagi satu pesan aku. takkan nak tunggu 5 tahun lagi dan lepas 5 tahun bercerita tentang kejayaan orang lain dan bukan kejayaan diri sendiri. Masatu umur aku dah 40 an. Hehehe.....

Wednesday 28 January 2015

strategi kumpul emas 2015

berhari hari aku fikirkan adakah emas adalah pelaburan yang terbaik atau tidak. Ramai orang memperkatakan tentang emas dan situasi yang sama berlaku 3 4 tahun yang lepas. Jadi aku rasa play safe yang terbaik.

Kesimpulan yang aku boleh buat untuk pelaburan emas

1. Harga paling tinggi dan rendah tak dapat nak agak. kena minta pendapat orang main forex.

2. Simpan sikit2 yang paling bagus. Jadi tak lah kecewa sangat kalau harga turun lagi.

3. Ada gst nanti proses jual beli paling senang dan menjimatkan adalah beli ngan orang perseorangan. Ramai je yang jual kat facebook termasuk aku.

4. jual beli emas secara berterusan. Macam aku buat, 1/3 daripada emas aku ada aku buat jual beli. Bila orang beli dari aku. Aku beli balik dari public gold. Tak payah nak tunggu jadi dealer. Korang pon boleh buat. Niaga beb.

5. Aku rasa ada something menarik dengan dinar walaupun dia jenis 916. Tu instict aku je.

6. Beli barang kemas senang jual. Aku dapat rasa orang akan beli dengan jiran dia je untuk buat hantaran suatu hari nanti. Dah kalau beli kat kedai memacam cukai yang ada.

7. Harga emas akan terus mendaki selagi ringgit tak dipulihkan. Harga emas diurusniaga di dalam USD. Sekarang 1 dollar sama dengan rm3.67. Nak dekat rm3.80. Oh Malaysiaku

Kalau korang ada pengetahuan mengenai emas. Boleh
La cite kat aku. aku akan cuba jadi lebih rajin supaya dapat terangkan dengan cara yang mudah ye.

Friday 23 January 2015

Mendidik anak remaja

Malam yang larut di temani kegelapan dengan angin kuat menghembus Kawasan pembinaan tempat Keje aku. Time tu aku dok lah berbual ngan sorang guard shift malam. Hairi Nama dia. Umo hairi nak dekat 45 Tahun. Ntah macam mana aku berbual tentang keluarga dia.

Guard memang suka cite sebab nak hilangkan boring kot. Aku pernah dengar seseorang cakap dalam ceramah. Kita Jangan kisahkan siapa orang itu tapi kisahkan apa yang diperkatakan. Memang betul cakap penceramahtu. Banyak ilmu aku dapat hatta Dari seorang bangladesh pekerja kontrak.

Hairi memang rapat ngan anak2 dia. Anak perempuan on da way nak masuk u dan anak bujang dia ambil SPM Tahun ni.Agak cemerlang pencapaian anak dia sedangkan dia bekerja makan gaji je. Hairi ni salah seorang rakan aku yang ada unsur intelligent yang tidak bernasib baik meneruskan belajar disebabkan masalah kewangan.

1. Dia layan anak2 dia cukup baik. Dia menjadikan anak2 nya sebagai seorang kawan yang boleh bergurau senda. No wonder umor dia dah 45 tapi tengok macam seorang yang pemuda yang hensem.

2. Menerapkan pendidikan agama di dalam keluarga. Anak2 dia di ajar dengan pendidikan agama yang cukup. Dia kata, kalau kat rumah dah kuat, kalau kat luar Insya Allah semuanya ok.

3. Mengajar anak berjimat cermat dan menggunakan apa yang ada.

4. Sangat aktif memantau perkembangan anak dia di sekolah. Monitor pengajaran cikgu di sekolah anak dia. Dia masuk dalam kelas tu dan cuba fahamkan mengenai sesuatu program KPM contohnya macam budak tingkatan tiga ada PTS. Then bila dia dah faham, kalau anak dia tanya at least bolehlah terang kat anak.

Ini sebahagian yang aku dapat cedok dari dia. Nampak tak cara dia buat pada anak2 dia untuk memastikan anak2 dia akan menjadi lebih baik dari dia. Mungkin apa yang baik dari cerita dia ni dapat kita amalkan ye
The latest info, anak perempuan dia mendapat keputusan 4A di dalam SPM dan bakal ke menara gading.

Hairi bin Idris

Wednesday 21 January 2015

Duit Ringgit Malaysia Jatuh??

Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika? Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore?

Bursa Saham Malaysia 2015
Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika. Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore: Realitinya sekarang telah berlkau lambakan ringgit Malaysia di pasaran. Ringgit Malaysia terus kurang laku dan laris di pasaran sekarang ini.
Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

Terkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam. Hari ini, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.
Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :
  1. pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
  2. ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini
Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?
Jikalau ditanya kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :
  • Jikalau ringgit Malaysia naik is good
  • Ringgit Malaysia turun pun good for the nation
Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….
Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :
  • Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
  • Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah
Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.
  1. Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
  2. Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.
Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid yang mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh sebegitu teruk begini, adalah faktor-faktor lain yang perlu disemak semula.
Dan semakan Berita Semasa berdasarkan kenyataan terbaru Sagarika Chandra, Pengarah Bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia. Fitch Ratings sedang memerhatikan daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia, dijangka akan dikaji sekitar separuh pertama tahun 2015.
P/S : Kenyataan kejatuhan ringgit petanda baik untuk ekonomi negara? Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.
PP/S : Besarlah harapan Berita Semasa supaya dana negara dijaga dengan penuh bertanggungjawab sepertimana yang telah diamanah oleh jutaan rakyat Malaysia apatah lagi melihatkan situasi ekonomi negara sekarang.

Respon CEO MIER : Dr. Zakariah Abdul Rashid


Saturday 17 January 2015

Pengurusan kemalangan kereta

Make it short. Kereta viva aku dihimpit Lori dekat hi way. Waktunya awal pagi. Kereta tergolek dan masa kejadian aku berada dalam keadaan sedar. Lesson and learn yang aku boleh kongsikan sekiranya berlaku. Doa mintak jauh ye....

1. Setelah kemalangan, Cuba selamatkan diri dahulu. Then baru fikir pasal barang2 berharga. Simpan barang dalam beg dan pegang.

2. Telefon polis, pihak tol kalau jadi kat hi way, pihak insuran dan keluarga. Semua no Telefon ni pastikan simpan dalam phone korang.

3. Ambil gambar kereta. Kat sini lah gunanya phone yang Ada kualiti. Aku amik gambo Kete gak tapi nampak hitam dan Putih je. Kalau boleh ambil gambar kenderaan yang melanggar kita. Angle Dari pelbagai sudut.

4. Masa kemalangan ramai tow truck yang menawarkan diri. Bear in mind, kita dah Telefon pihak insuran dan pihak insuran akan hantar tow truck yang dikehendaki. Jangan pergi layan yang lain2.

5. Buat report polis secepat mungkin selepas kemalangan.

6. Pihak insuran akan beritahu Bengkel panel. Dapatkan no telefon dan selalu update dengan pihak Bengkel.

7. Bila kereta didapati total loss, pihak insuran akan beri satu Surat yang menyatakan kereta itu total loss dan nilai yang akan di bayar kepada pihak bank. Kat sini Ada sedih sikit sebab kereta kita akan di bayar ikut suka depa. Aku beli sum insured 23k. Insuran bayar bank 20k dan hutang ngan bank adalah 19k++. Aku dapat refund bape puluh je. Hehehe. REDHA.. Kat sini memang takda untung melainkan kereta tu milik kita sepenuhnya. Kat sini pelajarannya, masa beli insuran jangan lah dok letak sum insured tinggi2. Macam depa nak bayar lebih je.

8. Untuk pengetahuan, aku masuk wad sehari dan dapat cuti 4 hari. Secara automatic melayakkan aku mendapatkan SOCSO. Korang surf laman SOCSO untuk keterangan lanjut. Insuran personal cover jugak. Ada orang nasihat aku, kalau Ada company insuran tak payahla mengada2 nak beli insuran lain. Mungkin Ada betulnya jugak..

Buat masa ni, info ni saja yang dapat di kongsikan. Hope berguna untuk korang menghadapi masalah seumpamanya.