Friday 13 February 2015

project Stevia feat Daisy

Elak punya elak terjebak juga aku dengan bisnes MLM. memula liat juga aku menerima pelawaan puan daisy aima untuk menyertai beliau dalam project stevia. tapi pada suatu hari...

Gelapnye dah malam, tetiba wak zaihan cakap yang dia nak order stevia sekotak-rm120. Terkejut aku padahal aku cuma cite kat dia pasal stevia ni pengganti gula untuk pesakit deabetis and so on. Aku ape lagi.. esok petang aku terus call puan daisy dan order 2 lot iaitu 2 keahlian stevia. Setiap keahlian berharga rm120 dan dapat 3botol stevia.

Inilah permulaan aku menjebakkan diri ke kancah MLM. Memula x suka skang dah jadi excited nak carik orang yang betul2 memerlukan produk tu. Aku rasa tak bersalah kat dia orang supaya masuk keahlian sebab dia orang digalakkan menggunakan produk tersebut. Manalah tau produk stevia sesuai dengan kondusi badan pesakit. Dapat pahalakan Kita.hehehe.

Ini salah satu usaha aku untuk menjana pendapatan pasif. Aku totally berubah cara pemikiran aku sejak aku berkenalan dengan emas. Mungkin emas salah satu sebab aku boleh join MLM dan menjadi agen unit trust.

Kalau korang tak percaya. korang kena buat macam aku buat. Actually bila suatu tembok dah pecah, maka akan mudah kita menjalankan perniagaan. Dan cuba kita tiru cara orang chinese berniaga. Depa takkan mengharapkan satu jenis perniagaan sahaja. Tetapi ada cabang yang akan mereka buat untuk saling cover mencover. Kekadang sana untung, sini rugi, sana rugi, sini ada sikit untung. Ada betul ke saya cakap nie...




Monday 2 February 2015

Succesfull Story- cerita berjaya

Sejak pagi tadi aku mendapat ilham nak menulis sesuatu mengenai kejayaan yang ada kaitan dengan aku. Aku belum boleh bercerita kejayaan aku sebab belum nak berjaya tapi on da way nak berjaya. Dalam artikel ni nak cerita mengenai kawan aku yang satu sekolah yang dah sukses.

1. Mohd sukri



brader ni dulu amik akaun. Aktif juga dekat um. Memulakan kerja dengan bank2 yang terkenal kat malaysia. Kejayaan= dia menjadi agen public mutual yang berjaya dan bergerak secara freelance skang ni. Masa aku sebilik ngan dia, bakat niaga macam takde je dalam genetik dia.





2. Muzairee daud



dia ni budak akedemi islam um. Tergejal juga budaknya. Dari aku kenal sampai skang memang ada bakat niaga. Dari ice blended ke tm internet line dia buat. Sekarang dah berjaya membuat coklat keluaran sendiri dan dipasarkan sampai negara Arab.



Syarikat yang dimiliki oleh encik Muzairee





3. Mohd Najib Assadok


aku sama skola ngan dia tapi tak pernah cakap sangat. Dia skola mrsm muar dan meneruskan pelajaran kat Utm. Aku tau kisah dia melalui fb je. Kejayaan dia sebagai usahawan internet sangat meletup2. Boomm.boom. kalau korang rajin tengok kat fb Dia.

4. Mohd Azrul


belajar civil engineering dan sekarang merupakan agen prudential takaful berjaya. Kalau tengok kat fb dia, letupan dia agak boom juga. Azrul masa kat um sejenis sukri yang takda unsur biznes dalam jiwa depa.

Semoga korang boleh mengambil ikhtibar dan cuba mencontohi cara mereka. Sedarlah wahai kawan, sebelum nak senang tu, susah mereka kita tak tahu. dan dalam keadaan sekarang, apa yang kita semua boleh buat, kita cuba Bangkit Dari Lena...

Jangan lupa untuk join aku menyimpan dan berniaga emas public gold. lagi satu pesan aku. takkan nak tunggu 5 tahun lagi dan lepas 5 tahun bercerita tentang kejayaan orang lain dan bukan kejayaan diri sendiri. Masatu umur aku dah 40 an. Hehehe.....