Monday, 22 August 2016

Brado kapak

Aku mengenali beliau hanya melalui tulisan beliau yang memukau tentang MH370. Boleh kata setiap hari sejurus kejadian kehilangan pesawat MH370, aku akan ke blog beliau. Tak salah aku blog beliau adalah dramaraja. Di situlah aku mendapat info konspirasi mengenai pesawat tersebut.

Memang best baca blog beliau, umpama maklumat CIA yang terlepas kepada umum. Klik di sini untuk ke link blog beliau. Pasti ada yang terkedu dengan tulisan beliau.

Beliau juga mempunyai ebook mengenai cara melangsaikan hutang. Jika korang berminat untuk mendapatkan ebook beliau boleh layari EBOOK BRADO KAPAK



Friday, 12 August 2016

Rumah Mampu Milik

Harga rumah sekarang memang tak boleh nak cakap. Harga melantun-lantun. Terpaksalah kita membuat pinjaman untuk mendapatkan sebuah rumah dan sebagai balasannya, kita bekerjalah siang dan malam untuk melangsaikan hutang tersebut.

Jika dikira-kira berapa yang harus kita keluarkan untuk mendapatkan sebiji rumah sangat memeranjatkan. Jika rumah tersebut berharga RM200k dan pinjaman dibuat selama 30 tahun, jumlah yang harus dibayar kepada Bank adalah kurang lebih 2 kali ganda. Dan bayaran sebulan antara RM1k.

Kita membiarkan diri kita diikat oleh Bank padahal kita mempunyai pilihan untuk memiliki rumah secara tunai. Orang kampung hakikatnya lebih bahagia disebabkan semuanya dibayar tunai. Rumahnya di bina sedikit demi sedikit sehingga terbentuklah rumah yang dapat memayungi sekeluarga.

Beralih pada topik asal. Kawan sekuliah aku, Hafizul Mahadir dengan daya inovatif dan kreatifnya telah melaksanakan projek rumah mampu milik murah di pasaran. Hang ada tanah? Ada duit dalam lingkungan RM100k, Nah... anda mampu memiliki rumah ini dengan senibina yang menarik tanpa hutang. Aku sangat menyarankan rumah ini dibina tunai untuk kemudahan kontraktor dan juga pemilik. Sebab apa, sebab hutang itu membebankan. Duit ada jalan, takda duit, cari duit sampai cukup. Sabarkan separuh dari iman.

Untuk keterangan lanjut layari laman Interlocking Brick


                                                         
Rumah 2 tingkat pun boleh




Teknik batu yang disusun seperti lego




cantik tak rumah ni

Monday, 8 August 2016

Beli Dexandra & Menang Iphone

Peluang bagi mereka yang membeli poduk Dexandra. Aku semalam dah mencuba masuk pertandingan tersebut. Tak payah jawab soalan. Hanya scan code bar yang ada kat belakang kotak Dexandra. Lebih kurang scan macam mainan digimon.

Sebelum itu, apa yang perlu dilakukan adalah install software dexandra kat google play. Selepas itu daftar keahlian dan seterusnya scan lah code bar tersebut.

Selamat mencuba... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? 



Saturday, 6 August 2016

Hutang emas di bawa belayar

Misi yang terdekat adalah membebaskan diri dari hutang. Ya... hutang yang diikat oleh bank umpama rantai besi yang diikat dileher dengan badan kita dicemeti untuk disuruh bekerja.

Itulah perhambaan zaman moden yang kita lalui. Aku cerita pada kawan aku, automatik dia terbayang dia tengah berada di padang pasir tengah buat piramid.

Hutang kereta, rumah, kad kredit. Mula selesaikan yang kecil dan seterusnya kesan snow ball akan kelihatan. Apa yang aku faham, kita cuba cari hutang yang paling kecil jumlahnya dan cuba selesaikan dengan menggunakan wang lebihan simpanan mahupun wang tambahan hasil part time.

Setelah 1 hutang selesai diikuti hutang yang seterusnya. Corak kali ini berlainan kerana kita akan menambah bayaran bulanan untuk hutang kedua yang ingin kita selesaikan. Begitulah seterusnya sehingga semuanya selesai.

Cara yang kita gunakan ini berkesan hasil displin dan niat untuk melangsaikan hutang. Kita dapat bayangkan tak, umpama satu tali terlerai dari leher diikuti tali lain dan akhirnya kita merdeka.

itulah merdeka yang sebenarnya. Lihatlah orang kampung yang bebas minum air kopi bersama isteri. Biar tidak bergaya dan hanya honda cup sebagai kuda, namun ketenangan, kebebasan yang mereka ada itulah yang lebih berharga.


Friday, 5 August 2016

Dexandra Wangian mampu milik

Ini adalah projek yang boleh aku kata baru aku ceburi. Menjadi agen untuk produk Dexandra. Dekat 5 bulan juga aku menjualnya. korang nak try tak pakai Dexandra? Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya cuba manjakan diri dengan wangian yang ala-ala bau yang original gitu...

7 SEBAB DEXANDRA MENJADI PILIHAN
.
Sebagai pengguna dan peminat DeXandra , akak dan abang kena tahu 7 sebab utama DeXandra menjadi pilihan berbanding wangian yang lain .
.
[+] TAHAN LAMA LEBIH 8 JAM. Dexandra ni EDP. ketahanan lebih lama dari edt /colonge… boleh lah ker www.dexandrareview.com ( kami tidak pernah tau buat-buat testimoni.. ni semua dari pelanggan-pelanggan kami. 
.
[+] PELBAGAI PILIHAN . Currently , DeXandra ada lebih 70 pilihan yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa yang terkenal . Koleksi yang hampir lengkap untuk hidup anda 
.
[+] MUDAH DIBAWA . Saiznya tidak terlalu besar dan tak berat jadi ianya mudah dibawa ke mana2 , bawa 2 3 botol pun selambe jerr
.
[+] PERMINTAAN TINGGI . Berdasarkan unjuran graf yang direkodkan , ternyata permintaan DeXandra meningkat setiap bulan dan jika abang akak belum milikinya, dapatkan 1 sekarang !
.
[+] CABUTAN BERTUAH SETIAP BULAN . Dengan setiap pembelian , abang akak boleh join lucky draw dexandra , hanya perlu scan qr code je , hadiahnye pulak sgt2 lumayan , yang lepas abang tu dah dpt beg LV worth RM6000 tau .
.
[+] WELL RECOGNIZED . Hampir 1 Malaysia dah kenal dexandra . Tambah2 lagi lepas Nabil jadi duta .
.
[+] YAKIN SEPANJANG HARI 

. Walaupun seharian , baunya kekal harum jadi anda tak lagi ragu2 dgn diri sendiri .
.
Apa yang best lagi , kami dah keluarkan juga versi Nabil dan isteri iaitu Abir dan Zahra , best kan ?
.
Pengalaman menggunakan dexandra memang sukar untuk digambarkan . Dapatkan wangian dexandra sekarang dengan menghubungi saya di talian 0187704294



.

Bila Emas akan Murah?


Monday, 1 August 2016

Tersontot kerana menyontot

Aku perhati dari jauh je mereka yang sedang menikmati keuntungan dari hutang yang di buat. Dari hutang ia datang, dan berhutang jugalah gamaknya.

Yes, mereka berjaya, dan berjaya, tapi bila aku terdoktrin dengan tulisan khalif samsudin. Aku terus menolak mentah mentah hutang baik.

Orang kata ada hutang baik ada hutang jahat. Tapi bagi aku bila melibatkan bank iaitu hutang, sememangnya jahat sungguh. pepaham jelah, macam mana depa buat kiraan tambah tolak then bahagi then tambah then kuasakan dua. Hasilnya memeningkan kepala si peminjam.

Mesti ada yang tahu pasal khalif samsudin. Bagi yang belum tahu, beliau ni pengasas bella ammara. Aku terkesan dengan satu cerita dia tentang orang jual keropok basah. Dari RM100 CASH menjadi berpuluh ribu keuntungan hasil penjualan keropok. Bila dah berpuluh ribu, baru lah peniaga itu, membesarkan perniagaan, buat rumah cash dan lain-lain

Mungkin ramai yang tak tahu, ada rumah yang boleh kita buat bawah RM50k. Nanti post akan datang aku akan ceritakan secara ringkas.

Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Ramai mentor yang akan kata cara mereka adalah terbaik di abad ini. Kira sembang terbang ke angkasa. Namun, kita sendiri ada akal fikiran untuk menilai.