Monday 1 August 2016

Tersontot kerana menyontot

Aku perhati dari jauh je mereka yang sedang menikmati keuntungan dari hutang yang di buat. Dari hutang ia datang, dan berhutang jugalah gamaknya.

Yes, mereka berjaya, dan berjaya, tapi bila aku terdoktrin dengan tulisan khalif samsudin. Aku terus menolak mentah mentah hutang baik.

Orang kata ada hutang baik ada hutang jahat. Tapi bagi aku bila melibatkan bank iaitu hutang, sememangnya jahat sungguh. pepaham jelah, macam mana depa buat kiraan tambah tolak then bahagi then tambah then kuasakan dua. Hasilnya memeningkan kepala si peminjam.

Mesti ada yang tahu pasal khalif samsudin. Bagi yang belum tahu, beliau ni pengasas bella ammara. Aku terkesan dengan satu cerita dia tentang orang jual keropok basah. Dari RM100 CASH menjadi berpuluh ribu keuntungan hasil penjualan keropok. Bila dah berpuluh ribu, baru lah peniaga itu, membesarkan perniagaan, buat rumah cash dan lain-lain

Mungkin ramai yang tak tahu, ada rumah yang boleh kita buat bawah RM50k. Nanti post akan datang aku akan ceritakan secara ringkas.

Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Ramai mentor yang akan kata cara mereka adalah terbaik di abad ini. Kira sembang terbang ke angkasa. Namun, kita sendiri ada akal fikiran untuk menilai.


No comments:

Post a Comment