Tuesday 23 December 2014

Tipah Tertipu

Dalam dua tiga hari ni dalam blog, suratkhabar ngan facebook banyak menceritakan penipuan di dalam skim pelaburan. Skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang agak lumayan. Sejak dari dulu lagi aku dah tanam kat jiwa aku tak mudah untuk percaya sesuatu benda melainkan dengan selidik dulu. Tapi kita manusia kekadang lupa tentang pengalaman yang orang lain lalui atau dilalui sendiri. Sedey beb bila tengok orang kena tipu. Kita leh rasa perasaan susah senang nak mencari duit. Pesan aku kat kengkawan, jadikanlah ia sebagai tauladan agar tidak berulang Tragedi Oktober.

Aku pernah dengar satu iklan Kelas Menjahit kat IKIM.fm. Dia punya tenaga pengajar siap suruh solat istikharah sebelum join kelas dia. Agak unik pesanan dia tapi benda baik kita harus amalkan. ye tak?
Sila hayati post fb yang aku bawakan ini supaya korang tak mengambil langkah yang sama, Skim pelaburan emas yang  menipu pelanggannya menawarkan satu bentuk pendapatan bulanan hasil pembelian emas tersebut secara tetap. Bayangkan beli satu gram dapat 14 hinggit sebulan.kalau 1000gram. WAUUUUUUUU. Last2 kena hawau. U memang jahat!

Nasihat seorang agamawan, Bila nak join sesuatu bentuk pelaburan atau perniagaan. PASTIKAN URUSAN YANG DIJALANKAN HALAL. Mudah bukan. Bila mana ada benda yang syubhah kat situ. Pandai2 korang pikir. Maaf kalau aku salah info. Ni kira copy paste punya ayat je.



No comments:

Post a Comment