Friday, 5 August 2016

Dexandra Wangian mampu milik

Ini adalah projek yang boleh aku kata baru aku ceburi. Menjadi agen untuk produk Dexandra. Dekat 5 bulan juga aku menjualnya. korang nak try tak pakai Dexandra? Kalau ada rezeki lebih, apa salahnya cuba manjakan diri dengan wangian yang ala-ala bau yang original gitu...

7 SEBAB DEXANDRA MENJADI PILIHAN
.
Sebagai pengguna dan peminat DeXandra , akak dan abang kena tahu 7 sebab utama DeXandra menjadi pilihan berbanding wangian yang lain .
.
[+] TAHAN LAMA LEBIH 8 JAM. Dexandra ni EDP. ketahanan lebih lama dari edt /colonge… boleh lah ker www.dexandrareview.com ( kami tidak pernah tau buat-buat testimoni.. ni semua dari pelanggan-pelanggan kami. 
.
[+] PELBAGAI PILIHAN . Currently , DeXandra ada lebih 70 pilihan yang diinspirasikan dari wangian antarabangsa yang terkenal . Koleksi yang hampir lengkap untuk hidup anda 
.
[+] MUDAH DIBAWA . Saiznya tidak terlalu besar dan tak berat jadi ianya mudah dibawa ke mana2 , bawa 2 3 botol pun selambe jerr
.
[+] PERMINTAAN TINGGI . Berdasarkan unjuran graf yang direkodkan , ternyata permintaan DeXandra meningkat setiap bulan dan jika abang akak belum milikinya, dapatkan 1 sekarang !
.
[+] CABUTAN BERTUAH SETIAP BULAN . Dengan setiap pembelian , abang akak boleh join lucky draw dexandra , hanya perlu scan qr code je , hadiahnye pulak sgt2 lumayan , yang lepas abang tu dah dpt beg LV worth RM6000 tau .
.
[+] WELL RECOGNIZED . Hampir 1 Malaysia dah kenal dexandra . Tambah2 lagi lepas Nabil jadi duta .
.
[+] YAKIN SEPANJANG HARI 

. Walaupun seharian , baunya kekal harum jadi anda tak lagi ragu2 dgn diri sendiri .
.
Apa yang best lagi , kami dah keluarkan juga versi Nabil dan isteri iaitu Abir dan Zahra , best kan ?
.
Pengalaman menggunakan dexandra memang sukar untuk digambarkan . Dapatkan wangian dexandra sekarang dengan menghubungi saya di talian 0187704294



.

Bila Emas akan Murah?


Monday, 1 August 2016

Tersontot kerana menyontot

Aku perhati dari jauh je mereka yang sedang menikmati keuntungan dari hutang yang di buat. Dari hutang ia datang, dan berhutang jugalah gamaknya.

Yes, mereka berjaya, dan berjaya, tapi bila aku terdoktrin dengan tulisan khalif samsudin. Aku terus menolak mentah mentah hutang baik.

Orang kata ada hutang baik ada hutang jahat. Tapi bagi aku bila melibatkan bank iaitu hutang, sememangnya jahat sungguh. pepaham jelah, macam mana depa buat kiraan tambah tolak then bahagi then tambah then kuasakan dua. Hasilnya memeningkan kepala si peminjam.

Mesti ada yang tahu pasal khalif samsudin. Bagi yang belum tahu, beliau ni pengasas bella ammara. Aku terkesan dengan satu cerita dia tentang orang jual keropok basah. Dari RM100 CASH menjadi berpuluh ribu keuntungan hasil penjualan keropok. Bila dah berpuluh ribu, baru lah peniaga itu, membesarkan perniagaan, buat rumah cash dan lain-lain

Mungkin ramai yang tak tahu, ada rumah yang boleh kita buat bawah RM50k. Nanti post akan datang aku akan ceritakan secara ringkas.

Kesimpulannya, ukur baju di badan sendiri. Ramai mentor yang akan kata cara mereka adalah terbaik di abad ini. Kira sembang terbang ke angkasa. Namun, kita sendiri ada akal fikiran untuk menilai.


Emas ikut musim? Ya @ Tidak

Zaman kemuncak emas sudah berlalu dan ia bakal kembali memuncak kembali. Di saat inilah, pelbagai jenis pelaburan, peleburan berkaitan emas muncul.

Wow, harga emas naik, best-best... wow harga emas turun jom beli-beli... begitulah situasi yang berlaku jika kita terlibat dengan jual beli dengan emas.

Terkadang, agak bahaya jika kita terlalu mengikut rentak mereka yang lebih berpengalaman dalam emas dan mempunyai rangkaian yang luas. Dari segi pajak beli pajak beli pun kalau tersilap langkah, tiada apa pun yang special. 

Memiliki emas lagi-lagi yang mempunyai special value seperti nombor radar memberikan semangat kerana nilai pertambahan kepada emas tersebut.

Aku lebih seronok membeli dengan UEG Network. Yang penting aku ada duit lebih then barang ready stok kat UEG office. Tapi, kalau ada iklan dalam group whatsup atau group jom emas, aku tak dapat menahan diri dari membeli dari rakan yang aku percayai. Maklumlah, harga lagi murah dari pasaran yang ditetapkan. Kiranya, itu adalah rezeki dapat membeli barang murah.

Setahun lebih aku bersama UEG Network, Alhamdulillah, setiap bulan ada downline yang aktif membuat belian. Dapatlah wang komisen hasil pembelian mereka. 

Sebenarnya, perkara yang paling penting dalam menyimpan emas ini adalah sebagai protection kalau jadi apa apa kat ringgit Malaysia. Bayangkan lah, berjuta duit dalam bank, dalam bentuk Ringgit dalam satu malam bertukar dari 1 usd kepada rm4.00 menjadi 1 usd kepada rm20,000.

Hancur lebur harapan mereka yang impikan digit tu terus bertambah dan bernilai. Mungkin ia akan terjadi dan mungkin tidak. Nak percaya boleh, tak percaya pun boleh.

Tepuk dada tanya iman....

Lupa aku nak inform laman web bisnes aku. Korang boleh layari www.jufraytrading.com 

Thursday, 28 July 2016

MACAM MANA NAK TAMBAH INCOME?

Satu hari aku terbaca di sebuah blog berkenaan nasihat kewangan. Artikel tersebut mengenai 5 cara menambah pendapatan.

Antara 5 perkara, salah satu yang menarik adalah 8 share..
Pernah dengar tak? Laman web ini memberi kita peluang untuk menjadi agen pengiklanan kepada setiap iklan yang ditugaskan oleh pihak mereka

Apa yang perlu kita lakukan hanya share iklan tersebut di laman sosial. Setiap kali rakan atau pengunjung yang klik ke iklan tersebut dapatlah kita ganjaran dalam bentuk terkumpul.

RASA NAK CUBA? HANYA KLIK http://po.st/WqUEXI dan daftar dan seterusnya memulakan langkah pertama awak tu....

Setahun berlalu bagaikan sebulan

Dah setahun tak update blog ini. Seronok sebenarnya menulis, namun disebabkan kekangan masa dan juga fokus yang hilang, maka banyak yang tergendala.

Betul nasihat orang yang sudah berjaya, hendak maju ke hadapan, fokus, displin adalah sangat penting.

Aku akan kongsikan apa yang aku lalui sepanjang setahun aku berjinak dengan dunia jual jual barang ni. Untung tak pasti tapi rugi sudah tentu.

 Selain blog ini aku belajar buat website berbayar iaitu www.jufraytrading.com

cuba korang semua tengok di sana ya. Manatau ada yang berminat nak order barang dengan aku.

Sunday, 31 May 2015

GST IMPACT ii

Alhamdulillah aku masih sihat dan boleh bekerja seperti biasa. Mungkin ada nasib orang lain yang terpaksa diberhentikan secara paksarela atau sukarela. Syukur ya Allah.

Dengan rasa rendah diri, aku nak berkongsi kesan gst terhadap diri aku dan orang yang berada di sekeliling aku mengikut kaca mata yang aku pakai sejak darjah 4.

Sakit nya ku di sini... kesan gst memang best. Sikit tapi perit untuk rakyat yang ada income sedang2. Aku x pasti orang kelas menengah ke atas depa rasa macam mana.

Kesan yang aku leh nampak

1. Bisnes jadi slow. Penjual ramai dari pembeli. Apo nak buek.kuasa membeli dah makin kurang sebab nak jimat

2. Bil tepon ke bil letrik ke bil majlis daerah, macam ada pertambahan. Tapi sebab malas nak kaji2. Bayo jelah kan sebelum ada surat lain menyusul.

3. Lepak kedai mamak dapat 2 resit. Time bayo kena lebih 40 sen. 100 kali sebulan g kedai mamak. 40sen dah jadi rm40.

4. Sikit2 dah mula sentuh duit simpanan. Kira sedut duit emergency sebab monthly expenses tak cukup.

5. Jenayah makin meningkat. Bab curi2 ni makin ligat je dengar. Kawan aku antara mangsa pecah rumah.

6. Polis trafik makin efisen. Cuak kengkawan aku yang ada waran tangkap. Terus bayar je walaupun mencecah ratusan ringgit.

Banyak lagi kesan gst yang dah mula terasa. Apa yang pasti kesan jangka panjang lebih menyakitkan. Penyelesaiannya, berusahala sedaya mungkin. Rasulullah dah beri contoh yang terbaik macam kurangkan makan, tak membazir dan lain2. Jadi, terpulanglah. Aku ingatkan untuk diri aku juga..