Thursday, 30 August 2018

Import Barang dari China

📣📣  Rahsia Terdedah

"Lubuk Barang Dari China"

Ni penulis yang kata kat saya tau!

Masa mula-mula dulu, saya borong barang sikit-sikit secara online menerusi website Taobao.com.  Antara barang yang saya borong adalah seperti armband untuk handphone, car visor organizer, seluar jogging, key holder dan macam-macam lagi la. Saya beli barang-barang tu direct dari China menerusi web Taobao. Kemudian, bila barang dah sampai.. saya jual semula kepada kawan-kawan dan juga secara online guna fanpage, instagram, mudah.my dan sebagainya.

Untung? Memang boleh tahan la!

Tapi selepas beberapa tahun buat bisnes trading ni...  Saya jumpa lubuk yang lagi power dari Taobao.com

Boleh katakan, hampir semua barang yang ada di Taobao, ada juga di lubuk baru ni. Malah, harganya juga selalu lebih murah!

Bila harga supplier lebih murah! Maka untung saya lebih besar la!

Cuma, di lubuk baru ni, saya kena beli borong banyak sikit!

Kalau di Taobao, saya  boleh beli 1 unit sahaja!
Tapi di lubuk baru ni, saya  kena beli banyak sikit... sama ada 5 unit, 10 unit atau belas-belas unit! Bergantung pada produk dan juga syarat supplier tu!

Bagi saya, ianya tiada masalah.... sebab memang sebelum ini pun saya selalu borong barang dalam kuantiti 10-20 unit untuk sekali order!

Cuma... Ada satu masalah!
Tapi.... Ada Satu Masalah!
Masalahnya, dalam website lubuk baru ni, kita tak boleh beli direct macam di Taobao.com

Kalau nak beli barang-barang dari supplier di website ni, kita mesti kena guna agen. Agen ni kira macam orang tengah la... Sebabnya, website ini sebenarnya, adalah khas untuk peniaga-peniga di China sahaja. Supplier yang jual barang-barang di website ini, hanya buat penghantaran dalam negara China sahaja! Mereka tak layan dan tak terima order jika kena hantar barang ke luar negara.. iaitu luar dari China.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini... kita kena pakai agen yang tinggal di China.

Tugas agen tu..  belikan barang yang kita mahu dari supplier di website tu.
Supplier akan hantar barang kita tu ke alamat agen kita yang duduk China tu.
Kemudian, bila barang tu dah sampai pada agen, agen akan pos pula barang tu dari China kepada kita di Malaysia.

Ringkasnya.. Supplier (di China) ----> Agen (di China) ---> Kita (di Malaysia)

Nampak tak dia punya flow?

Tapi.. ada satu lagi masalah besar disini!
Boleh percaya ke agen tu? Mana nak cari agen yang boleh dipercayai?
Mana Nak Cari Agen Yang Boleh Dipercayai?
Hah! Ini yang saya nak cerita ni!

Masa saya mula-mula buat dulu, ada banyak juga lah agen yang saya try.
Macam-macam masalah saya dah jumpa!

Agen senyap bila dah beli barang!
Bila dah beli barang dan barang dah sampai pada mereka, kita suruh pos.. dia caj tak masuk akal pula!
Lagi sadis... barang dah pos ke Malaysia, tapi dah masuk berbulan-bulan barang masih tak sampai depan rumah.
Bila minta nombor tracking, diorang kata takde pula!
.

Tapi bos jangan risau..... semua agen-agen tak boleh pakai tu, saya dah try dan dah buang dari list.
Saya takkan rekemen agen yang tak boleh pakai ni kepada bos!.

Lepas dah cuba banyak-banyak agen tu, akhirnya saya dah jumpa agen yang boleh dipercayai dan senang untuk berurusan!  Lagi best! Boleh berurusan dengan mereka guna smartphone je!

Dengan agen ni, saya dah borong banyak barang dari lubuk panas tu dan semua barang yang saya order! Sampai dengan selamat!

Awak klik kat sini untuk hadamkan skill ini
👇👇👇👇

https://goo.gl/dnCYNx

https://goo.gl/dnCYNx

https://goo.gl/dnCYNx



Wednesday, 29 August 2018

Berniaga menggunakan platform instagram

Khas Untuk Anda Yang Mahu Berniaga Di Instagram!

Ketahui Bagaimana Anda Boleh Meningkatkan Jumlah Follower Dengan Pantas Dan

 Meletupkan Jualan Produk Anda Di Instagram!
(… walaupun kini anda masih newbie & masih tiada akaun instagram!)

Mahu Tahu Caranya?
 
Just klik di 👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Ebook Instagram

Ebook Instagram

Ebook Instagram

Thursday, 28 June 2018

Khidmat membaiki masalah wiring di sekitar Johor Bahru

Sejarah penubuhan Wak Electrical

Apa bendanya Wak Electrical ni. Parti yang nak bertanding PRU ke. Bukan cik, Wak Electrical ni buat servis cik. Buat servis letrik kat rumah ke, pejabat ke...

Cerita nye bermula macam ni, seorang pekerja kontrak elektrik di tempat saya yang namanya Wak Man kena transfer ke  tempat lain. Dia mengambil keputusan untuk berhenti dan membuat kerja tepi macam pasang lampu, kipas, tambah power socket.

Kerja tepi memang banyak lepas proses serah kunci ni. Maklumlah, rumah hanya ada point sahaja. Jadi owner memang kena cari orang atau subcon untuk buat kerja ni.

Kebanyakan orang kita ke, orang luar memang akan cuba nak jimatkan kos, jadi disitulah menjadi punca pendapatan tambahan buat mereka yang ada kemahiran.

Kebanyakan kerja yang Wak Man dapat direct melalui owner. Namun, lama kelamaan jadi slow. Dan di situlah bermulanya Wak Electrical ditubuhkan untuk mendapatkan projek luar. Maklumlah, Wak Man memang bekerja sendiri. Tiada pendapatan yang lain.

Page Wak Electrical pun dibuat. Jalankan sedikit-sedikit. Ada nasib, ada jugalah yang telefon direct ke Wak Man. Selang beberapa lama,Wak Man lost contact dengan saya. Mungkin kerja yang padat dan jadualnya yang padat.

Saya fikir rugi juga tak teruskan apa yang ada ni. Lantas, saya melantik Gapo Rahman sebagai "Manager" untuk projek ni. Biar di tempat kerja tak merasa jadi Manager. kat Wak Electrical, jawatan itu sudah menjadi kenyataan. hehehehe..

Selain iklan di page, mudah.my pun saya sumbat iklan. Setakat ini, dapatlah satu projek repair. Si Gapo yang jalankan kerja pertama itu walaupun di bayar harga barang sahaja oleh owner tanpa upah. Beliau krik-krik selama beberapa saat. Good start ekcuali

Untuk mengembangkan sayap maka gapo menjemput kawan yang lain untuk join, jadi gapo dah tetapkan lokasi

Gapo 
017-7345418 Skudai, Gelang patah

Faiz
011-24135725 Larkin Tebrau

Wan
018-7878712 Taman Molek Dato Onn

untuk pengetahuan semua, mereka buat  servis ini secara sambilan, dan masa untuk mereka buat kerja mengikut jadual.

Maafkan segala kekurangan dan insha Allah, jika ada sambutan, projek ini akan melangkah lebih jauh ke hadapan.


🔥🔥Page FB wak electrical

Sunday, 7 May 2017

Kisah Karipap

Kenapa dengan karipap? Saya hanya menganggap ia hanyalah makanan untuk sarapan setiap pagi.

Namun ada kisah yang menarik dari Sharifah Furaiha iaitu founder kepada produk Furaiha. 

Karipap? Ya saya pernah jual karipap dulu.

Disebabkan masa saya mahal hahahahaha saya tak bazir masa buat karipap ni. Time is money.

Saya pergi pada kakak yang pandai buat karipap, saya tempah dengan dia. Dia yang buat semua dari beli barang sampailah menguli, goreng siap semua. Masa saya tidak terjejas dan saya pun tak penat. Untuk satu karipap tu saya dapat Rm0.50.

Saya jual di kuliyah kelas saya, kat overseas makanan Malaysia tinggi nilai dan laku keras. Kalau dah otak bisnes, apa pun jalan. Roughly saya untung Rm15-20 sehari.

Kalau sebulan saya dapat Rm400-500 duit untung atas angin. Ni kisah zaman universiti, selain income jadi ds rm5000 sebulan. Inilah konsep trading. 

Eleh jual karipap jeee pun, orang pandang sebelah mata. Takkanlah terinspirasi juga?

#UsahawanJalanan
#FounderFURAIHA
#DiariJutawanFuraiha

Tuesday, 30 August 2016

Baik Buruk Sistem MLM

Model bisnes yang paling digemari oleh ramai orang iaitu sistem MLM. Sebab apa digemari? Ku kupas buah ini dan makan.

Ada apa dengan MLM? Multi level marketing ataupun di bahasa melayukan, pemasaran berbilang tingkat. Fuhhhh... bertinkek tingkek. Bagaimana sistem ini berjalan?

Dimudahkan cerita, kita ada satu produk, then kita buat satu sistem yang dinamakan MLM. Kita pasarkan produk itu pada sekian harga. Then orang yang perkenalkan produk tersebut dapatlah komisen hasil daripada penjualan produk tersebut. Orang yang diperkenalkan produk itu memasarkan kepada yang lain. Orang tu dapat komisen dan kita juga merasai komisen bergantung kepada sistem bonus yang ditetapkan.

Pelbagai jenis bonus, yang ditetapkan bergantung kepada sesebuah syarikat. Yang penting keuntungan diperolehi bukan setakat satu lapisan sahaja tetapi berlapis-lapis.

Selalunya, yang menikmati keuntungan adalah mereka yang terawal dan memiliki sepasukan ahli yang aktif. Di satu tahap, orang bawah bekerja dan dapat menghasilkan bonus kepada mereka yang berada di atas.

Sistem MLM bukan hanya dilaksanakan untuk produk malah, ada juga yang menggunakan sistem ini untuk mendapatkan modal bagi menjalankan kegiatan forex, pertanian dan sebagainya. Panjang akal dia orang ni.

Sistem MLM ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya, kita dapat membina sistem networking yang sampai satu tahap akan berjalan secara automatik.

Jika kita lihat pada keburukan MLM sudah pasti adalah masalah tepu. Bila dah takda orang nak join atau dah start bosan dengan produk tersebut. Maka tamatlah sistem ini. Kekuatan sistem MLM bergantung kepada kekuatan produk tersebut. Jika ramai yang kekal dengan produk tersebut maka selamatlah sistem tersebut. Jika tidak, jem dan kaya jadinya sistem itu.

Ramai yang akan lebih celik apabila berada di dalam networking. Apabila ramai yang celik, maka pelbagai alternatif mereka akan jumpa dan akhirnya sistem itu hancur dengan sendiri. Tanda kehancuran sistem mlm apabila tidak ramai yang ingin sertai dan juga jika dikaitkan dengan senarai hitam BNM. Tak lama dahtu.. tetapi yang kasihan mereka yang baru bermula dengan semangat tetapi akhirnya belum start enjin, ekzos dah meletup.

Aku terfikir, apabila sesuatu perniagaan dijalankan tidak mengikut undang-undang memang menguntungkan tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh bedebuk.

Setakat ini, ku masih menjalankan satu-satunya perniagaan MLM stevia rcc2u. Aku meneruskan perjalanan kerana aku merupakan pengguna stevia dan juga rakan networking ku juga sama masih menggunakannya. Memang ada produk yang hampir sama namun kepercayaan mereka terhadap brand stevia rcc tu yang sukar dikikis.

Tapi dalam bab mengiklankan stevia ku lebih berhati-hati kerana tak mahu 'overclaim' yang produk ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Cukup ia sebagai alternatif kepada gula pasir yang tidak membahayakan kesihatan.


Monday, 22 August 2016

Brado kapak

Aku mengenali beliau hanya melalui tulisan beliau yang memukau tentang MH370. Boleh kata setiap hari sejurus kejadian kehilangan pesawat MH370, aku akan ke blog beliau. Tak salah aku blog beliau adalah dramaraja. Di situlah aku mendapat info konspirasi mengenai pesawat tersebut.

Memang best baca blog beliau, umpama maklumat CIA yang terlepas kepada umum. Klik di sini untuk ke link blog beliau. Pasti ada yang terkedu dengan tulisan beliau.

Beliau juga mempunyai ebook mengenai cara melangsaikan hutang. Jika korang berminat untuk mendapatkan ebook beliau boleh layari EBOOK BRADO KAPAK



Friday, 12 August 2016

Rumah Mampu Milik

Harga rumah sekarang memang tak boleh nak cakap. Harga melantun-lantun. Terpaksalah kita membuat pinjaman untuk mendapatkan sebuah rumah dan sebagai balasannya, kita bekerjalah siang dan malam untuk melangsaikan hutang tersebut.

Jika dikira-kira berapa yang harus kita keluarkan untuk mendapatkan sebiji rumah sangat memeranjatkan. Jika rumah tersebut berharga RM200k dan pinjaman dibuat selama 30 tahun, jumlah yang harus dibayar kepada Bank adalah kurang lebih 2 kali ganda. Dan bayaran sebulan antara RM1k.

Kita membiarkan diri kita diikat oleh Bank padahal kita mempunyai pilihan untuk memiliki rumah secara tunai. Orang kampung hakikatnya lebih bahagia disebabkan semuanya dibayar tunai. Rumahnya di bina sedikit demi sedikit sehingga terbentuklah rumah yang dapat memayungi sekeluarga.

Beralih pada topik asal. Kawan sekuliah aku, Hafizul Mahadir dengan daya inovatif dan kreatifnya telah melaksanakan projek rumah mampu milik murah di pasaran. Hang ada tanah? Ada duit dalam lingkungan RM100k, Nah... anda mampu memiliki rumah ini dengan senibina yang menarik tanpa hutang. Aku sangat menyarankan rumah ini dibina tunai untuk kemudahan kontraktor dan juga pemilik. Sebab apa, sebab hutang itu membebankan. Duit ada jalan, takda duit, cari duit sampai cukup. Sabarkan separuh dari iman.

Untuk keterangan lanjut layari laman Interlocking Brick


                                                         
Rumah 2 tingkat pun boleh




Teknik batu yang disusun seperti lego




cantik tak rumah ni