Tuesday 30 August 2016

Baik Buruk Sistem MLM

Model bisnes yang paling digemari oleh ramai orang iaitu sistem MLM. Sebab apa digemari? Ku kupas buah ini dan makan.

Ada apa dengan MLM? Multi level marketing ataupun di bahasa melayukan, pemasaran berbilang tingkat. Fuhhhh... bertinkek tingkek. Bagaimana sistem ini berjalan?

Dimudahkan cerita, kita ada satu produk, then kita buat satu sistem yang dinamakan MLM. Kita pasarkan produk itu pada sekian harga. Then orang yang perkenalkan produk tersebut dapatlah komisen hasil daripada penjualan produk tersebut. Orang yang diperkenalkan produk itu memasarkan kepada yang lain. Orang tu dapat komisen dan kita juga merasai komisen bergantung kepada sistem bonus yang ditetapkan.

Pelbagai jenis bonus, yang ditetapkan bergantung kepada sesebuah syarikat. Yang penting keuntungan diperolehi bukan setakat satu lapisan sahaja tetapi berlapis-lapis.

Selalunya, yang menikmati keuntungan adalah mereka yang terawal dan memiliki sepasukan ahli yang aktif. Di satu tahap, orang bawah bekerja dan dapat menghasilkan bonus kepada mereka yang berada di atas.

Sistem MLM bukan hanya dilaksanakan untuk produk malah, ada juga yang menggunakan sistem ini untuk mendapatkan modal bagi menjalankan kegiatan forex, pertanian dan sebagainya. Panjang akal dia orang ni.

Sistem MLM ada kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya, kita dapat membina sistem networking yang sampai satu tahap akan berjalan secara automatik.

Jika kita lihat pada keburukan MLM sudah pasti adalah masalah tepu. Bila dah takda orang nak join atau dah start bosan dengan produk tersebut. Maka tamatlah sistem ini. Kekuatan sistem MLM bergantung kepada kekuatan produk tersebut. Jika ramai yang kekal dengan produk tersebut maka selamatlah sistem tersebut. Jika tidak, jem dan kaya jadinya sistem itu.

Ramai yang akan lebih celik apabila berada di dalam networking. Apabila ramai yang celik, maka pelbagai alternatif mereka akan jumpa dan akhirnya sistem itu hancur dengan sendiri. Tanda kehancuran sistem mlm apabila tidak ramai yang ingin sertai dan juga jika dikaitkan dengan senarai hitam BNM. Tak lama dahtu.. tetapi yang kasihan mereka yang baru bermula dengan semangat tetapi akhirnya belum start enjin, ekzos dah meletup.

Aku terfikir, apabila sesuatu perniagaan dijalankan tidak mengikut undang-undang memang menguntungkan tetapi ia tidak mengambil masa yang lama untuk jatuh bedebuk.

Setakat ini, ku masih menjalankan satu-satunya perniagaan MLM stevia rcc2u. Aku meneruskan perjalanan kerana aku merupakan pengguna stevia dan juga rakan networking ku juga sama masih menggunakannya. Memang ada produk yang hampir sama namun kepercayaan mereka terhadap brand stevia rcc tu yang sukar dikikis.

Tapi dalam bab mengiklankan stevia ku lebih berhati-hati kerana tak mahu 'overclaim' yang produk ini boleh menyembuhkan pelbagai penyakit. Cukup ia sebagai alternatif kepada gula pasir yang tidak membahayakan kesihatan.


2 comments:

  1. Setuju tu tuan. Saya pun sedang berhati-hati dengan sistem MLM SHOM ni. Hihi. SHOM dah 24 years, jadi sy tak lah takut sgt. cume go with the flow aja.

    ReplyDelete
  2. Setuju tu tuan. Saya pun sedang berhati-hati dengan sistem MLM SHOM ni. Hihi. SHOM dah 24 years, jadi sy tak lah takut sgt. cume go with the flow aja.

    ReplyDelete