APAKAH PUNCA SEBENARNYA 'MARKET CRASH'?...Peluang disebaliknya.
Ramai orang yang takut apabila mendengarnya. Tetapi adakah mereka faham
apakah sebenarnya dengan maksud 'market crash' atau pasaran menjunam
itu?
Di sini kita akan membicarakan bagaimana dan hubung - kait
tersirat pasaran saham dengan Psikologi pemain pasaran saham. Pelabur
suka pasaran naik. Pasaran yang sedang hot atau lebih dikenali sebagai
bull market boleh merubah 'perangai' seseorang. Lebih - lebih lagi
ditambahkan dengan kenyataan orang kenamaan seperti Tun Daim Zainuddin
yang setiap kata - katanya memberikan kesan kenaikan yang besar kepada
pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur. Ramai orang yang memerhatikan gerak -
geri Tun Daim selepas itu dan memgambil keputusan membeli saham yang
mahal. Mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan permainan 'putaran
saham' kerana selepas itu pasaran turun menjunam dengan teruknya pada
tahun 1997 dan 1998. Habis untung malah ditambah pula dengan kerugian
sehinggakan ada yang memberi kesan mental kepada sesetengah pelabur
ketika itu. Tidak lama kemudian, pasaran naik semula secara mendadak
sehingga tahun 2001. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kerugian
bermain saham, kita semua harus tahu 'pattern pasaran saham dan
physcology pelabur'. Semua orang yang berada dalam pasaran kewangan
selalunya membuat keputusan pelaburan yang silap. Sepatutnya, apabila
orang sedang sibuk hendak membeli, masa itulah mereka menjual saham.
Tetapi, perkara sebaliknya pula yang berlaku kerana kebanyakkannya
membeli saham ketika harga sedang mahal dan menjualnya ketika harga
murah. Sifat tamak ketika membeli, dan sifat panik ketika menjual
biasanya menguasai emosi dan pemikiran pelabur ketika membuat keputusan.
Maka hal yang demikian, 95% orang yang bermain saham mengalami
kerugian, hanya 5% sahaja yang untung! Statistik ini pasti mengejutkan
semua.
Pasaran Bottom --> Pasaran Hendak Naik --> Pasaran Sedang Naik --> Pasaran Naik --> Pasaran Menjunam
PASARAN 'BOTTOM'
Pasaran 'Bottom' bermula apabila semua orang berfikiran terlalu pesimif.
Mereka akan menjual pegangan saham mereka setelah melihat begitu banyak
cerita yang negatif tentang pasaran saham. Contohnya, penutupan kilang -
kilang. Pemberhentian pekerja oleh syarikat multinasional, harga sektor
hartanah merudum dan macam - macam lagi. Kebiasaannya, mereka akan
menjual pelaburan mereka pada harga di bawah nilai sebenar yang disertai
oleh emosi yang tidak stabil.
PASARAN AKAN NAIK
Ketika
pasaran 'Bottom' inilah datangnya pelabur bijak. Mereka antara orang
membuat pembelian paling awal dengan harga yang paling murah kerana
mereka tahu yang mereka boleh menjual pada harga tinggi di kemudian
hari.
Siapakah pelabur bijak ini?
Mereka adalah
1. Orang - orang korporat
2. Hedge Fund
3. Market Markers
4. Pelabur Jutawan seperti George Soros, Warrant Buffet
Mereka ini mempunyai maklumat yang biasanya orang awam tidak ketahui.
Walaupun masih ada tekanan jualan, mereka ini mempunyai kapasiti untuk
terus membeli dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham yang ada. Mereka
membuat pembelian awal dan menjual dengan keuntungan berlipat - lipat
kali ganda kepada pelabur runcit dan pengurus dana. Oleh, sebab itulah
kalau anda perhatikan kebanyakan orang kaya dunia adalah dikalangan
mereka yang sudah mencatatkan nama sebagai orang kaya dunia untuk sekian
kalinya. Tidak kira sama ada pasaran ekonomi baik atau tidak.
Contohnya; Warrant Buffet dikira orang terkaya di dunia walaupun
syarikat pelaburannya iaitu Berkshire Hathaway dikatakan mengalami
kerugian dalam pelaburannya.
PASARAN SEDANG NAIK
Kenaikan pasaran saham akan membuat pelaburan dalam amanah saham
meningkat. Berjenis - jenis dana baru akan diperkenalkan kepada orang
awam. Wang 'baru' yang kadang - kadang menjangkau berbillion ringgit
akan membawa kesan langsung kepada pasaran saham. Pasaran akan mengalami
kenaikan yang 'steady' kerana pelabur institusi memainkan peranannya.
Selepas pasaran saham naik dan saham sudah sampai nilainya pelabur bijak
akan menjual sebahagian pegangan pelaburan mereka. Ketika ini
kebanyakkan pelabur runcit masih ragu - ragu dengan kenaikan ini.
Pasaran masih lagi mengalami kenaikan, Pelabur Runcit mula meminati dan
berhasrat untuk membuat pembelian saham. Pelabur runcit, atau dikenali
ikan bilis yang datang beramai - ramai membuat keputusan pelaburan
berdasarkan Majalah Kewangan atau cerita - cerita dari kawan. Tidak
kurang pula yang bertukar - tukar tips dengan menyatakan kaunter itu
atau ini akan naik. Ketika ini semua orang mula menunjukkan minat untuk
bermain saham. 'Apek - apek' dan 'Ahso' sudah meninggalkan meja mahjong
dan mula mengayuh basikal atau naik motor burok mereka ke syarikat
broker saham. Pasaran menjadi semakin panas, pelabur saham bercita -
cita untuk menjadi kaya secepat mungkin. Pelabur runcit mula datang
beramai - ramai dan menyebabkan banyak syarikat berhad ingin
mengapungkan saham mereka atau melancarkan IPO. Syarikat mengapungkan
saham untuk mendapatkan harga yang paling tinggi bagi nilai syarikat
mereka kerana sentimen positif pasaran. Kenaikan IPO secara mendadak ini
akan membuatkan pelabur runcit semakin tamak untuk menjadi kaya semacam
mee segera. Memang betul, ketika ini ada pelabur runcit yang menjadi
kaya - raya, tetapi hanya untuk seketika kerana kebanyakkannya akan mula
tamak dan membeli lagi banyak saham! Pada masa ini, harga pasaran naik
berlipat kali ganda kerana media melaporkan kenaikan pasaran saham.
Semua orang bergembira dan ada yang berharap Bursa Malaysia harus dibuka
24jam!
PASARAN NAIK
Pada ketika ini jugalah media utama
seperti majalah kewangan, suratkhabar atau internet mula menyiarkan
semakkan semula harga 'target' yang dibuat oleh pakar analisa pelaburan.
Inilah menyebabkan harga menjadi bertambah 'overvalued'. Pelabur bijak
mengetahui saham yang terlebih nilai tidak akan bertahan lama. Pada masa
inilah, pelabur bijak menjual dengan erti kata mengagihkan pegangan
saham mereka kepada pelabur runcit yang sedang berebut - rebut untuk
membeli saham. Pelabur bijak sememangnya bijak kerana membeli ketika
harga paling murah dan menjual pada harga paling tinggi. Mereka mengaut
untung yang amat lumayan!.
Hakikatnya, ramai pelabur runcit
tidak perasan akan tanda - tanda pasaran sudah hampir ke kemuncaknya.
Mari kita renungkan tanda - tanda dibawah ini : Syarikat mula menipu
keuntungan kewangan mereka, supaya harga saham akan dinilai semula.
Sesetengah syarikat menipu pelabur dengan janji - janji manis tentang
prospek syarikat mereka. Sesetengah pelabur runcit membeli saham kerana
ingin memegang saham yang 'glamour'. Sesetengah pelabur runcit mula
menggunakan margin untuk menambahkan pegangan saham mereka. Semua orang
menjangkakan tiada pembetulan pasaran akan berlaku! Faktor ketamakkan
berikut membuatkan pelabur runcit hilang pertimbangan dalam membuat
keputusan pelaburan;
PERMULAAN BEAR MARKET/MARKET CRASH -
Pasaran menjunam Selepas pengurus dana melaburkan semua duit yang
diamanahkan untuk melabur, begitu juga pelabur runcit. Pasaran sudah
'overbought' atau terlebih beli. Bermaksud tiada lagi tunai untuk
menabahkan 'rally' pasaran menaik. Pasaran hanya boleh menuju satu arah.
Naik, mendatar atau turun. (Kebiasaanya pasaran akan mendatar untuk
seketika sebelum terjun menjunam) Semua ini hanya menunggu cerita
negatif yang keluar untuk membuat pasaran bergoncang. Media utama
seperti Bloomberg atau CNBC mula menceritakan tentang skandal syarikat
awam dan penipuan oleh lembaga pengarah syarikat. Contoh di Malaysia
yang berlaku pada tahun 2007 ialah penipuan akaun syarikat Transmile Bhd
dan Megan Media Bhd. Harga Saham Transmile dari RM14.00 turun sehingga
RM0.50 dalam masa tidak sampai setahun!
Apabila suasana panik
bermula, pasaran akan turun menjunam lebih laju dari ketika pasaran
naik. Keadaan ini biasanya bertambah teruk ketika pelabur runcit hendak
menjual, tetapi tiada pembeli hendak membeli. Ini pastinya akan
memberikan impak kepada sesiapa yang menggunakan 'margin facility' yang
memungkinkan mereka boleh jatuh 'bankrupt'. Pelabur runcit masih tidak
menjual pegangan mereka, dengan berdoa agar pasaran segera pulih.
Pasaran turun dari 10% ke 20 %, mereka masih tunggu & berdoa, turun
lagi sehingga 50% mereka masih menunggu dan masih berharap pasaran akan
naik semula..Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit berfikiran begitu
negatif tentang ekonomi dan pasaran saham kerana di 'momokkan' dengan
cerita dari suratkhabar dan berita - berita negatif ekonomi dar media
utama. Setelah bosan dan 'give up' dengan penurunan harga akhirnya
mereka menjual pada harga yang paling rendah. Sesetengahnya pula
menyimpan saham ini untuk jangka masa yang panjang. Ada yang membeli
harga Beringgit tetapi masih menyimpan walaupun harga tinggal beberapa
sen! (katanya pelaburan jangka - panjang). Lebih teruk ada yang simpan
sampai sehingga syarikat dibuang dari Bursa Malaysia. Putaran bermula
semula Ketika ini harga saham didagangkan dibawah nilai sebenar. Pelabur
bijak mengambil kesempatan dengan membuat pembelian sebanyak yang
mungkin. Pelabur runcit pula adalah antara orang paling lewat masuk
pasaran dan membeli saham yang dijual oleh pelabur bijak. Putaran ini
akan berlaku sampai bila - bila selagi pelabur runcit tidak mengubah
cara dan strategi pelaburan mereka.
Kita lihat sahaja beberapa
tahun lepas (2011-2013) dimana sahaja orang sibuk membicarakan harga
hartanah yang mahal dan ketidakmampuan rakyat.Harga melampau-lampau
mahal dan peniaga sibuk membuat empayar hartanah dan projek-projek
perumahan disana sini.Keuntungan berlipat kali ganda.
Beberapa
tahun lepas dan kemuncaknya akhir 2014,banyak syarikat ghairah
menceburkan diri dalam OIL & GAS.Lebih -lebih lagi harga minyak yang
mahal(USD 100 per barrel) dan peruntukkan besar Berbillion-lion oleh
Petronas bagi membangunkan projek Rapid di Pengerang Johor.
Syarikat yang awalnya menjual perabut menukar teras perniagaannya kepada
Oil dan Gas.Yang membuat services Training penerbangan seperti APFT
berhad pun bertukar ke Oil dan Gas.Pendek kata semua sibuk untuk join
oil dan Gas...saya punya rakan baik pun ghairah dengan bidang ini.
Maka apa yang saya kongsikan 2 tahun lepas tentang apa akan jadi jika
harga minyak turun ke paras USD50 nampaknya menjadi kenyataan.Semua
taikun oil dan gas termasuk kerajaan Malaysia sendiri mula terpaksa ubah
segalanya apabila harga minyak turun bawah Usd 80.Jika harga USD
lagilah banyak hal perlu disusun semula
Maka seperti yang
dimaklumkan tentang pattern dan proses kenaikan pasaran.Semua benda
bermula dengan tidak minat kepada minat yang melampau.Seringkali kita
tidak mengindahkan pada awal kenaikan dan sibuk-sibuk pada penghujung
kenaikan.
Punca Utama sibuk-sibuk salah ini adalah sifat semulajadi yang IKUT IKUTAN.
Sekarang dunia pelaburan dan Oil dan Gas sudaha beralih kepada IT dan
Teknologi semula.Peningkatan masih di tahap awal dan sejarah biasanya
akan berlaku semula.
Sebenarnya, pelaburan bukanlah sesuatu yang tinggi risikonya jika kita memahami putaran ini.
Ini adalah sebahagian dari maklumat kajian saya dalam menjadikan pelaburan saham adalah menguntungkan.
# Artikel diambil dari Zam Saham Facebook
No comments:
Post a Comment