Sunday, 30 November 2014

Bolehkah harga emas Dari 1145usd/oz ke 700usd/oz?

Bestnya kalau harga emas jatuh sampai ke tahap itu. It's time to be greedy...tapi adakah andaian ini betul atau semata-mata spekulasi US untuk membuat kan orang yang menyimpan emas menjual segalanya dan kemudian berpindah milik kepada mereka. Nothing is impossible. Ni link dia dan juga carta harga emas di dalam beberapa Tahun yang Lepas.
http://www.toledoblade.com/Economy/2014/11/30/Once-touted-as-safest-investment-gold-slumps.html

Cuba kita perhatikan pergerakan carta di mana harga emas yang berlegar pada 2014 adalah harga sewaktu tahun 2010. Aku ni macam power je pasal analisa. Tapi kalau tanya budak sekolah pon dia leh ambik pembaris then dia leh bagi jawapan yang sama macam aku..Yang aku harapkan korang ada kesedaran untuk menyimpan sedikit emas untuk dijadikan sebagai sebahagian aset.




Signifikan Emas dan Petrol

Harini, sukacita dimaklumkan, harga petrol turun beberapa sen Dari pukul 12 malam. Berita ni kira agak menggembirakan hati saya walaupun macam takda kesan je.. Apa pun yang aku nak  cite kat korang ni supaya membeli emas lagi-lagi dengan aku. Kalau ikut pakdi ngan mohd Zulkifli, dia tak berapa setuju kita nak beli emas berdasarkan andaian semata-mata tapi Bagi wak zaihan, kenaikan petrol dan emas boleh di katakan seiring. Kat sini aku letak kan link untuk korang analisa sendiri.
http://www.kitco.com/news/2014-11-28/Survey-Participants-Look-For-Lower-Gold-Prices-Next-Week.html

Saturday, 29 November 2014

Nasihat Cik Rahim

Cik Rahim ni resident engineer  kat tempat aku kerja. Dia kira otai dalam ilmu kejuruteraan. Mana taknye dekat 30 Tahun berkecimpung dalam construction bangunan. Dalam berbual ngan dia, antara nasihat dia untuk kestabilan ekonomi yang dia dapat kecapi pada umur sekarang adalah:

1. Beli rumah di Kawasan strategic
Tak salah aku, cik Rahim Ada rumah dua tingkat kat area TTDI, masa dia beli tu harga dalam seratus lebih je. La ni harga mencecah jutaan ringgit. Dia sewa kan pada company yang Bagi tempat tinggal pada pekerja. Agak mahal kadar sewaan pada company tersebut sebab perjanjian sewa rumah yang lama.

2. Simpanan ASB
Cuba memaksimumkan simpanan dalam ASB. Cuba bayangkan kalau kita Ada RM200k dan dividen tahunan dapat RM20k. Kalau dibahagikan bulanan adalah dalam RM1k. Ini umpama duit pencen bulanan semasa persaraan nanti.

3. Selalu pindah tempat Kerja
Bila dah Ada pengalaman, value kita ni makin tinggi. Mana tempat kita kerja pun boleh hid up. Dia kata Carik offer yang terbaik. Then pindah randah company untuk mendapatkan peningkatan gaji yang cepat.

4. Hadiahkan diri setiap tahun
Boleh kata setiap Tahun dia kan pergi umrah dan melancong. Biasala bila Ada lebihan duit. Tapi Cara ini di buat untuk menambah motivasi diri. Beramal dan melancong.

5. Beli emas
Antara orang yang menggalakkan simpan emas adalah cik Rahim. Dia kata emas adalah mineral dan benda ni akan habis juga. Bukan satu sumber yang boleh diperbaharui.

6. Pasang solar di bumbung rumah
Ni projek terbaru Beliau. Tahun Lepas dia pergi satu pameran. Then Ada orang offer pasang alat solar kat bumbung. TNB akan beli tenaga elektrik yang di simpan dalam satu alat setelah mendapatkan tenaga Dari solar yang di pasang di bumbung kita secara bulanan. Kos pemasangan awak mahal. Tapi mendatangkan income bulanan.

7. Unit trust investment guna KWSP
Cik Rahim kata investment ni bagus. Korang leh tengok penerangan kat post terbaru aku di mana kawan aku menjadi agen kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskanya. Cik Rahim kata, hasil akan dituai masa kita pencen dan figure yang dia dapat agak mengkelabukan mata aku.

Kalau aku dapat ilmu lain Dari cik Rahim aku akan kongsikan lagi.
Haji Rahim bin Rejab

Friday, 28 November 2014

GAP -Program Akumulasi Emas

Untuk kawan-kawan yang TAK mempunyai wang lebihan yang banyak, aku cadangkan korang start melabur emas dalam bentuk GAP.
GAP ni satu program yang ko simpan emas dengan cara ko buka akaun kat public gold. Emas dia jenis 999. Harga kat public gold bergantung pada harga market dunia. Contoh beli bulan ni RM137, bulan depan mungkin lagi rendah atau lagi tinggi.
Setiap bulan korang nak simpan satu gram. Then belilah secara online dalam public gold. Bila dah sepuluh bulan dah jadi 10gram. Then masa tu harga segram tengah tinggi. Nak jual. silakan.nak simpan pon boleh..
Korang kena faham cara harga yang kita beli dan jual.takut salah faham. Boleh hubungi aku untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aku akan Cuba guide slow2 ye. Contact no. Nasir 0187704294 / 01125860276


* harga PG sell tu yang ko akan beli dan PG buy adalah harga yang korang dapat kalau jual


Di sini ada link untuk GAP http://publicgold.com.my/v1/images/stories/pdf/promotions/2014-08/gap_tc%20web_full.pdf


kalau korang nak jadikan aku introducer ni no aku PG049649

Thursday, 27 November 2014

Tips Wak Zaihan-Siri 1

Dalam blog iskandagreat selalu  sebut nama wak zaihan. Kalau korang nak tau wak zaihan adalah penasihat  kewangan peribadi aku yang tak official. Bak kata orang. Orang yang lagi tua makan garam dulu daripada kita. Di sini aku share ngan korang tips berharga Dari wak zaihan.

1.The power of Cash
Bila kita mempunyai cash money, dengan itu aliran tunai kita lebih cair. Bila cair, senang kita untuk mencorakkan apa bentuk pelaburan yang kita nak buat. Contohnya kita menangguhkan beli kereta baru dan hanya pakai kereta 2nd. Tak perlu hutang bank. Kat situ duit installment lehla buat simpanan.

2.manipulate ASB
Golongan bumiputra ada peluang until membuat pinjaman ASB. Wak penah buat pinjaman peribadi untuk melabur dalam ASB. Dia kata yang penting pekali mesti besar.maksudnya kita buat pinjaman ASB semaksimum mungkin. Contohnya 200k. Tahun pertama guna personal loan bayar installment bulanan. Tahun ke dua letak duit dividen dan bayar pada asb loan. Tahun ketiga buat mcmtu gak. Then Tahun Kelima stop. Bila kita stop masatulah hasilnya dituai. Untuk Siri 2 aku Cuba dapatkan secara detail program ASB manipulation cara wak zaihan.

3. Main Saham
Dia siap blaja kat zam Saham untuk memahirkan diri dalam pembelian saham di BSKL. Aku punyala semangat dah buka akaun di platform OSK RHB. Tapi sebab modal takda dengan belum Ada keberanian. Aku tangguhkan dulu. Main Saham kena blaja dulu and ada capital yang besar. Bak kata wak. Pekali kena besar baru ada SUNNN..

4. Usahakan pertanian
Wak zaihan kalau time cuti dia akan usahakan sawah padi kat area umah dia. Berapa petak sawah aku tak pasti. Tapi masa menuai bolehlah buat tambah-tambah.

korang mungkin kurang jelas apa yang aku Cuba ceritakan. Nanti lama-lama korang fahamlah..hehehe..Secara konklusi wak zaihan berpendapat kita Ada Core income-makan gaji danseharusnya kita perlu berusaha mempelbagaikan income kita. Berhenti mengharapkan satu slumber sahaja lebih lagi zaman sekarang yang bukan macam zaman dulu. Fikirkanlah ye.

Al fatihah untuk wak Zaihan yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan March 2015. Perkenalan yang singkat tapi sangat memberi kesan mendalam kepada aku. Semoga kita berjumpa lagi SAHABAT

Wednesday, 26 November 2014

Pelaburan Hartanah

Malam ini kita masuk ke dalam pelaburan hartanah. Memacam nak buat dalam satu masa. Tapi benda ni tak mustahil kalau kita lakukan. Betul tak? Setiap benda yang kita ceburi perlu ada keserasian. Then, macam aku yang masih mentah ni perlu discover seberapa banyak pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan di dunia dan juga di akh... apa dia murid-murid. akhirat... PANDAI...
Kat sini aku sertakan link untuk pelaburan hartanah pula. Actually aku dapat info ni pon dari FB. But sharing is caring kan...

http://dsrgroup.my/tong-tong-duit-beli-hartanah/

Tuesday, 25 November 2014

Cara Renew Insuran Kereta dan Road Tax

Tahun baru bakal menjelma. Bagi yang beli kereta di awal Tahun kenala renew insuran Kete ngan road tax. Kalau korang nak jimat, korang buat sendiri dengan Cara pergi ke link di bawah. yang penting korang Ada maybank2u sebab proses bayaran guna kan Cara tersebut. https://www.motortakaful.com/

Korang isilah maklumat sehingga ke pe bayaran. Pastikan korang print resit transaksi dan cover note. then korang leh pergi pejabat pos atau ke myeg untuk renew road tax. Mudah bukan..
Kalau nak cek value semasa kereta korang pergi link ni
https://www.mycarinfo.com.my/MarketValue

 Bagi yang dah pandai buat, korang sebarkan ye. buat untuk keluarga terdekat. kurang-kurang lehla jimat kan duit berbanding guna agen atau kedai kereta. Selamat Mencuba