Saturday 29 November 2014

Nasihat Cik Rahim

Cik Rahim ni resident engineer  kat tempat aku kerja. Dia kira otai dalam ilmu kejuruteraan. Mana taknye dekat 30 Tahun berkecimpung dalam construction bangunan. Dalam berbual ngan dia, antara nasihat dia untuk kestabilan ekonomi yang dia dapat kecapi pada umur sekarang adalah:

1. Beli rumah di Kawasan strategic
Tak salah aku, cik Rahim Ada rumah dua tingkat kat area TTDI, masa dia beli tu harga dalam seratus lebih je. La ni harga mencecah jutaan ringgit. Dia sewa kan pada company yang Bagi tempat tinggal pada pekerja. Agak mahal kadar sewaan pada company tersebut sebab perjanjian sewa rumah yang lama.

2. Simpanan ASB
Cuba memaksimumkan simpanan dalam ASB. Cuba bayangkan kalau kita Ada RM200k dan dividen tahunan dapat RM20k. Kalau dibahagikan bulanan adalah dalam RM1k. Ini umpama duit pencen bulanan semasa persaraan nanti.

3. Selalu pindah tempat Kerja
Bila dah Ada pengalaman, value kita ni makin tinggi. Mana tempat kita kerja pun boleh hid up. Dia kata Carik offer yang terbaik. Then pindah randah company untuk mendapatkan peningkatan gaji yang cepat.

4. Hadiahkan diri setiap tahun
Boleh kata setiap Tahun dia kan pergi umrah dan melancong. Biasala bila Ada lebihan duit. Tapi Cara ini di buat untuk menambah motivasi diri. Beramal dan melancong.

5. Beli emas
Antara orang yang menggalakkan simpan emas adalah cik Rahim. Dia kata emas adalah mineral dan benda ni akan habis juga. Bukan satu sumber yang boleh diperbaharui.

6. Pasang solar di bumbung rumah
Ni projek terbaru Beliau. Tahun Lepas dia pergi satu pameran. Then Ada orang offer pasang alat solar kat bumbung. TNB akan beli tenaga elektrik yang di simpan dalam satu alat setelah mendapatkan tenaga Dari solar yang di pasang di bumbung kita secara bulanan. Kos pemasangan awak mahal. Tapi mendatangkan income bulanan.

7. Unit trust investment guna KWSP
Cik Rahim kata investment ni bagus. Korang leh tengok penerangan kat post terbaru aku di mana kawan aku menjadi agen kepada pihak yang bertanggungjawab menguruskanya. Cik Rahim kata, hasil akan dituai masa kita pencen dan figure yang dia dapat agak mengkelabukan mata aku.

Kalau aku dapat ilmu lain Dari cik Rahim aku akan kongsikan lagi.
Haji Rahim bin Rejab

No comments:

Post a Comment