Thursday 27 November 2014

Tips Wak Zaihan-Siri 1

Dalam blog iskandagreat selalu  sebut nama wak zaihan. Kalau korang nak tau wak zaihan adalah penasihat  kewangan peribadi aku yang tak official. Bak kata orang. Orang yang lagi tua makan garam dulu daripada kita. Di sini aku share ngan korang tips berharga Dari wak zaihan.

1.The power of Cash
Bila kita mempunyai cash money, dengan itu aliran tunai kita lebih cair. Bila cair, senang kita untuk mencorakkan apa bentuk pelaburan yang kita nak buat. Contohnya kita menangguhkan beli kereta baru dan hanya pakai kereta 2nd. Tak perlu hutang bank. Kat situ duit installment lehla buat simpanan.

2.manipulate ASB
Golongan bumiputra ada peluang until membuat pinjaman ASB. Wak penah buat pinjaman peribadi untuk melabur dalam ASB. Dia kata yang penting pekali mesti besar.maksudnya kita buat pinjaman ASB semaksimum mungkin. Contohnya 200k. Tahun pertama guna personal loan bayar installment bulanan. Tahun ke dua letak duit dividen dan bayar pada asb loan. Tahun ketiga buat mcmtu gak. Then Tahun Kelima stop. Bila kita stop masatulah hasilnya dituai. Untuk Siri 2 aku Cuba dapatkan secara detail program ASB manipulation cara wak zaihan.

3. Main Saham
Dia siap blaja kat zam Saham untuk memahirkan diri dalam pembelian saham di BSKL. Aku punyala semangat dah buka akaun di platform OSK RHB. Tapi sebab modal takda dengan belum Ada keberanian. Aku tangguhkan dulu. Main Saham kena blaja dulu and ada capital yang besar. Bak kata wak. Pekali kena besar baru ada SUNNN..

4. Usahakan pertanian
Wak zaihan kalau time cuti dia akan usahakan sawah padi kat area umah dia. Berapa petak sawah aku tak pasti. Tapi masa menuai bolehlah buat tambah-tambah.

korang mungkin kurang jelas apa yang aku Cuba ceritakan. Nanti lama-lama korang fahamlah..hehehe..Secara konklusi wak zaihan berpendapat kita Ada Core income-makan gaji danseharusnya kita perlu berusaha mempelbagaikan income kita. Berhenti mengharapkan satu slumber sahaja lebih lagi zaman sekarang yang bukan macam zaman dulu. Fikirkanlah ye.

Al fatihah untuk wak Zaihan yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bulan March 2015. Perkenalan yang singkat tapi sangat memberi kesan mendalam kepada aku. Semoga kita berjumpa lagi SAHABAT

No comments:

Post a Comment