Friday, 13 February 2015

project Stevia feat Daisy

Elak punya elak terjebak juga aku dengan bisnes MLM. memula liat juga aku menerima pelawaan puan daisy aima untuk menyertai beliau dalam project stevia. tapi pada suatu hari...

Gelapnye dah malam, tetiba wak zaihan cakap yang dia nak order stevia sekotak-rm120. Terkejut aku padahal aku cuma cite kat dia pasal stevia ni pengganti gula untuk pesakit deabetis and so on. Aku ape lagi.. esok petang aku terus call puan daisy dan order 2 lot iaitu 2 keahlian stevia. Setiap keahlian berharga rm120 dan dapat 3botol stevia.

Inilah permulaan aku menjebakkan diri ke kancah MLM. Memula x suka skang dah jadi excited nak carik orang yang betul2 memerlukan produk tu. Aku rasa tak bersalah kat dia orang supaya masuk keahlian sebab dia orang digalakkan menggunakan produk tersebut. Manalah tau produk stevia sesuai dengan kondusi badan pesakit. Dapat pahalakan Kita.hehehe.

Ini salah satu usaha aku untuk menjana pendapatan pasif. Aku totally berubah cara pemikiran aku sejak aku berkenalan dengan emas. Mungkin emas salah satu sebab aku boleh join MLM dan menjadi agen unit trust.

Kalau korang tak percaya. korang kena buat macam aku buat. Actually bila suatu tembok dah pecah, maka akan mudah kita menjalankan perniagaan. Dan cuba kita tiru cara orang chinese berniaga. Depa takkan mengharapkan satu jenis perniagaan sahaja. Tetapi ada cabang yang akan mereka buat untuk saling cover mencover. Kekadang sana untung, sini rugi, sana rugi, sini ada sikit untung. Ada betul ke saya cakap nie...




Monday, 2 February 2015

Succesfull Story- cerita berjaya

Sejak pagi tadi aku mendapat ilham nak menulis sesuatu mengenai kejayaan yang ada kaitan dengan aku. Aku belum boleh bercerita kejayaan aku sebab belum nak berjaya tapi on da way nak berjaya. Dalam artikel ni nak cerita mengenai kawan aku yang satu sekolah yang dah sukses.

1. Mohd sukri



brader ni dulu amik akaun. Aktif juga dekat um. Memulakan kerja dengan bank2 yang terkenal kat malaysia. Kejayaan= dia menjadi agen public mutual yang berjaya dan bergerak secara freelance skang ni. Masa aku sebilik ngan dia, bakat niaga macam takde je dalam genetik dia.





2. Muzairee daud



dia ni budak akedemi islam um. Tergejal juga budaknya. Dari aku kenal sampai skang memang ada bakat niaga. Dari ice blended ke tm internet line dia buat. Sekarang dah berjaya membuat coklat keluaran sendiri dan dipasarkan sampai negara Arab.



Syarikat yang dimiliki oleh encik Muzairee





3. Mohd Najib Assadok


aku sama skola ngan dia tapi tak pernah cakap sangat. Dia skola mrsm muar dan meneruskan pelajaran kat Utm. Aku tau kisah dia melalui fb je. Kejayaan dia sebagai usahawan internet sangat meletup2. Boomm.boom. kalau korang rajin tengok kat fb Dia.

4. Mohd Azrul


belajar civil engineering dan sekarang merupakan agen prudential takaful berjaya. Kalau tengok kat fb dia, letupan dia agak boom juga. Azrul masa kat um sejenis sukri yang takda unsur biznes dalam jiwa depa.

Semoga korang boleh mengambil ikhtibar dan cuba mencontohi cara mereka. Sedarlah wahai kawan, sebelum nak senang tu, susah mereka kita tak tahu. dan dalam keadaan sekarang, apa yang kita semua boleh buat, kita cuba Bangkit Dari Lena...

Jangan lupa untuk join aku menyimpan dan berniaga emas public gold. lagi satu pesan aku. takkan nak tunggu 5 tahun lagi dan lepas 5 tahun bercerita tentang kejayaan orang lain dan bukan kejayaan diri sendiri. Masatu umur aku dah 40 an. Hehehe.....

Wednesday, 28 January 2015

strategi kumpul emas 2015

berhari hari aku fikirkan adakah emas adalah pelaburan yang terbaik atau tidak. Ramai orang memperkatakan tentang emas dan situasi yang sama berlaku 3 4 tahun yang lepas. Jadi aku rasa play safe yang terbaik.

Kesimpulan yang aku boleh buat untuk pelaburan emas

1. Harga paling tinggi dan rendah tak dapat nak agak. kena minta pendapat orang main forex.

2. Simpan sikit2 yang paling bagus. Jadi tak lah kecewa sangat kalau harga turun lagi.

3. Ada gst nanti proses jual beli paling senang dan menjimatkan adalah beli ngan orang perseorangan. Ramai je yang jual kat facebook termasuk aku.

4. jual beli emas secara berterusan. Macam aku buat, 1/3 daripada emas aku ada aku buat jual beli. Bila orang beli dari aku. Aku beli balik dari public gold. Tak payah nak tunggu jadi dealer. Korang pon boleh buat. Niaga beb.

5. Aku rasa ada something menarik dengan dinar walaupun dia jenis 916. Tu instict aku je.

6. Beli barang kemas senang jual. Aku dapat rasa orang akan beli dengan jiran dia je untuk buat hantaran suatu hari nanti. Dah kalau beli kat kedai memacam cukai yang ada.

7. Harga emas akan terus mendaki selagi ringgit tak dipulihkan. Harga emas diurusniaga di dalam USD. Sekarang 1 dollar sama dengan rm3.67. Nak dekat rm3.80. Oh Malaysiaku

Kalau korang ada pengetahuan mengenai emas. Boleh
La cite kat aku. aku akan cuba jadi lebih rajin supaya dapat terangkan dengan cara yang mudah ye.

Friday, 23 January 2015

Mendidik anak remaja

Malam yang larut di temani kegelapan dengan angin kuat menghembus Kawasan pembinaan tempat Keje aku. Time tu aku dok lah berbual ngan sorang guard shift malam. Hairi Nama dia. Umo hairi nak dekat 45 Tahun. Ntah macam mana aku berbual tentang keluarga dia.

Guard memang suka cite sebab nak hilangkan boring kot. Aku pernah dengar seseorang cakap dalam ceramah. Kita Jangan kisahkan siapa orang itu tapi kisahkan apa yang diperkatakan. Memang betul cakap penceramahtu. Banyak ilmu aku dapat hatta Dari seorang bangladesh pekerja kontrak.

Hairi memang rapat ngan anak2 dia. Anak perempuan on da way nak masuk u dan anak bujang dia ambil SPM Tahun ni.Agak cemerlang pencapaian anak dia sedangkan dia bekerja makan gaji je. Hairi ni salah seorang rakan aku yang ada unsur intelligent yang tidak bernasib baik meneruskan belajar disebabkan masalah kewangan.

1. Dia layan anak2 dia cukup baik. Dia menjadikan anak2 nya sebagai seorang kawan yang boleh bergurau senda. No wonder umor dia dah 45 tapi tengok macam seorang yang pemuda yang hensem.

2. Menerapkan pendidikan agama di dalam keluarga. Anak2 dia di ajar dengan pendidikan agama yang cukup. Dia kata, kalau kat rumah dah kuat, kalau kat luar Insya Allah semuanya ok.

3. Mengajar anak berjimat cermat dan menggunakan apa yang ada.

4. Sangat aktif memantau perkembangan anak dia di sekolah. Monitor pengajaran cikgu di sekolah anak dia. Dia masuk dalam kelas tu dan cuba fahamkan mengenai sesuatu program KPM contohnya macam budak tingkatan tiga ada PTS. Then bila dia dah faham, kalau anak dia tanya at least bolehlah terang kat anak.

Ini sebahagian yang aku dapat cedok dari dia. Nampak tak cara dia buat pada anak2 dia untuk memastikan anak2 dia akan menjadi lebih baik dari dia. Mungkin apa yang baik dari cerita dia ni dapat kita amalkan ye
The latest info, anak perempuan dia mendapat keputusan 4A di dalam SPM dan bakal ke menara gading.

Hairi bin Idris

Wednesday, 21 January 2015

Duit Ringgit Malaysia Jatuh??

Punca Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika? Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore?

Bursa Saham Malaysia 2015
Ringgit Malaysia Terus Jatuh RM3.62 Setiap Dolar Amerika. Berita Gembira Kepada Rakyat Singapore: Realitinya sekarang telah berlkau lambakan ringgit Malaysia di pasaran. Ringgit Malaysia terus kurang laku dan laris di pasaran sekarang ini.
Berdasarkan semakan Berita Semasa ringgit Malaysia semakin kurang permintaan bagi pertukaran matawang asing seperti contohnya RM dan USD sehingga menyebabkan ringgit Malaysia terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. Akhirnya ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh.

Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar?

Terkini, semakan Berita Semasa terus jatuh teruk sejurus selepas pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi semalam. Hari ini, ringgit Malaysia terus jatuh ke paras terendah RM3.62 untuk setiap USD. Manakala Singapore Dolar semakin tegap apabila dinilai RM2.71 untuk setiap 1 Singapore Dolar pada pagi ini.
Goh Khoon, pakar ekonomi bagi Australia & New Zealand Banking Group Ltd yang berpengakalan di Australia mengatakan Ringgit terus lemah kerana :
  1. pasaran bertindak balas kepada defisit fiskal yang lebih tinggi bagi tahun 2015 ini
  2. ramalan pertumbuhan KDNK yang lebih rendah pada tahun 2015 ini
Hakikatnya, lagi tegap dan kukuh ekonomi sesebuah negara, lagi kuatlah matawang sesebuah negara itu. Jikalau matawang ringgit Malaysia turun, apa maksudnya itu?
Jikalau ditanya kepada Tan Sri Zeti Akhtar Aziz :
  • Jikalau ringgit Malaysia naik is good
  • Ringgit Malaysia turun pun good for the nation
Berita Semasa faham dan Berita Semasa sama sekali tidak salahkan Tan Sri Zeti, beliau telah menguruskan bank negara dengan begitu baik sekali sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Tetapi apabila mengulas sesuatu kepada media dan umum, beliau “terpaksa menjaga hati banyak pihak” termasuklah……….
Jikalau pada tahun 1998 dalam tempoh 3 bulan sahaja, nilai ringgit Malaysia terus jatuh merudum daripada daripada RM2.5 per USD1 kepada RM3.8 per usd1 (sebelum diikat). Tetapi pakar-pakar ekonomi menjangkakan kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan mengikat matawang Malaysia sekali lagi buat kali yang kedua. Ini kerana :
  • Kerajaan Malaysia pernah ikat ringgit Malaysia pada 1997/1998
  • Kerajaan Malaysia pernah “unpeg” Ringgit Malaysia semasa di zaman Pak Lah
Jadi sama sekali tidak mungkin kerajaan akan mengikat kembali berkenaan ekonomi kita? Sehingga menimbul keraguan terhadap sistem ekonomi kita selama ini.
  1. Kalangan yang takut kepada bayang-bayang sendiri akan mengatakan bukan sahaja ringgit Malaysia jatuh, tetapi matawang negara lain juga jatuh sama
  2. Kalangan yang “berani tetapi bertekad untuk bangkit” akan mengatakan Ringgit adalah matawang yang paling merosot paling teruk di rantau ini.
Bukan Berita Semasa yang kata, tetapi Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid yang mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh sebegitu teruk begini, adalah faktor-faktor lain yang perlu disemak semula.
Dan semakan Berita Semasa berdasarkan kenyataan terbaru Sagarika Chandra, Pengarah Bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia. Fitch Ratings sedang memerhatikan daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia, dijangka akan dikaji sekitar separuh pertama tahun 2015.
P/S : Kenyataan kejatuhan ringgit petanda baik untuk ekonomi negara? Tepuk dahi Berita Semasa mendengarnya.
PP/S : Besarlah harapan Berita Semasa supaya dana negara dijaga dengan penuh bertanggungjawab sepertimana yang telah diamanah oleh jutaan rakyat Malaysia apatah lagi melihatkan situasi ekonomi negara sekarang.

Respon CEO MIER : Dr. Zakariah Abdul Rashid


Saturday, 17 January 2015

Pengurusan kemalangan kereta

Make it short. Kereta viva aku dihimpit Lori dekat hi way. Waktunya awal pagi. Kereta tergolek dan masa kejadian aku berada dalam keadaan sedar. Lesson and learn yang aku boleh kongsikan sekiranya berlaku. Doa mintak jauh ye....

1. Setelah kemalangan, Cuba selamatkan diri dahulu. Then baru fikir pasal barang2 berharga. Simpan barang dalam beg dan pegang.

2. Telefon polis, pihak tol kalau jadi kat hi way, pihak insuran dan keluarga. Semua no Telefon ni pastikan simpan dalam phone korang.

3. Ambil gambar kereta. Kat sini lah gunanya phone yang Ada kualiti. Aku amik gambo Kete gak tapi nampak hitam dan Putih je. Kalau boleh ambil gambar kenderaan yang melanggar kita. Angle Dari pelbagai sudut.

4. Masa kemalangan ramai tow truck yang menawarkan diri. Bear in mind, kita dah Telefon pihak insuran dan pihak insuran akan hantar tow truck yang dikehendaki. Jangan pergi layan yang lain2.

5. Buat report polis secepat mungkin selepas kemalangan.

6. Pihak insuran akan beritahu Bengkel panel. Dapatkan no telefon dan selalu update dengan pihak Bengkel.

7. Bila kereta didapati total loss, pihak insuran akan beri satu Surat yang menyatakan kereta itu total loss dan nilai yang akan di bayar kepada pihak bank. Kat sini Ada sedih sikit sebab kereta kita akan di bayar ikut suka depa. Aku beli sum insured 23k. Insuran bayar bank 20k dan hutang ngan bank adalah 19k++. Aku dapat refund bape puluh je. Hehehe. REDHA.. Kat sini memang takda untung melainkan kereta tu milik kita sepenuhnya. Kat sini pelajarannya, masa beli insuran jangan lah dok letak sum insured tinggi2. Macam depa nak bayar lebih je.

8. Untuk pengetahuan, aku masuk wad sehari dan dapat cuti 4 hari. Secara automatic melayakkan aku mendapatkan SOCSO. Korang surf laman SOCSO untuk keterangan lanjut. Insuran personal cover jugak. Ada orang nasihat aku, kalau Ada company insuran tak payahla mengada2 nak beli insuran lain. Mungkin Ada betulnya jugak..

Buat masa ni, info ni saja yang dapat di kongsikan. Hope berguna untuk korang menghadapi masalah seumpamanya.

Tuesday, 23 December 2014

Tipah Tertipu

Dalam dua tiga hari ni dalam blog, suratkhabar ngan facebook banyak menceritakan penipuan di dalam skim pelaburan. Skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang agak lumayan. Sejak dari dulu lagi aku dah tanam kat jiwa aku tak mudah untuk percaya sesuatu benda melainkan dengan selidik dulu. Tapi kita manusia kekadang lupa tentang pengalaman yang orang lain lalui atau dilalui sendiri. Sedey beb bila tengok orang kena tipu. Kita leh rasa perasaan susah senang nak mencari duit. Pesan aku kat kengkawan, jadikanlah ia sebagai tauladan agar tidak berulang Tragedi Oktober.

Aku pernah dengar satu iklan Kelas Menjahit kat IKIM.fm. Dia punya tenaga pengajar siap suruh solat istikharah sebelum join kelas dia. Agak unik pesanan dia tapi benda baik kita harus amalkan. ye tak?
Sila hayati post fb yang aku bawakan ini supaya korang tak mengambil langkah yang sama, Skim pelaburan emas yang  menipu pelanggannya menawarkan satu bentuk pendapatan bulanan hasil pembelian emas tersebut secara tetap. Bayangkan beli satu gram dapat 14 hinggit sebulan.kalau 1000gram. WAUUUUUUUU. Last2 kena hawau. U memang jahat!

Nasihat seorang agamawan, Bila nak join sesuatu bentuk pelaburan atau perniagaan. PASTIKAN URUSAN YANG DIJALANKAN HALAL. Mudah bukan. Bila mana ada benda yang syubhah kat situ. Pandai2 korang pikir. Maaf kalau aku salah info. Ni kira copy paste punya ayat je.